28 September 2026
IFC Joins Boost's Cap Table with US$20 Million Equity Investment
IFC JOINS BOOST’S CAP TABLE WITH US$20 MILLION EQUITY INVESTMENT
• Investment brings together IFC’s global development finance expertise with Boost’s integrated fintech capabilities to broaden access to finance
• Collaboration will support greater access to financing for Malaysian SMEs and consumers, including through scalable digital lending and alternative credit assessment
KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2026 – Boost, a leading regional fintech player, has received a US$20 million equity investment from International Finance Corporation (IFC), a member of the World Bank Group focused on the private sector, bringing one of the world’s leading development finance institutions on board as a strategic investor.
The investment brings together IFC’s global experience in developing inclusive financial markets with Boost’s integrated digital financial ecosystem and technology-led approach to serving consumers and businesses. Together, the two organisations aim to widen access to finance while demonstrating how digital lending and alternative approaches to credit assessment can address longstanding barriers faced by SMEs and individuals.
IFC’s investment will strengthen Boost’s capacity to develop and scale digital financial solutions, combining Boost’s technology, proprietary data capabilities and understanding of local customer needs with IFC’s extensive experience across financial institutions and emerging markets. Its significant expertise in fintech having made over 80 investments worldwide in the sector will be able to further enhance Boost’s growth aspirations by sharing international best practices particularly in the use of technology to reach and scale financial services to underserved segments.
Nik Rizal Kamil, Group CEO and Managing Director of Axiata Group Berhad, said, “IFC's investment marks an important milestone in Boost's evolution and reflects the value that can be created through Axiata's portfolio development approach. As an active portfolio manager, we build, scale and strengthen businesses with strong growth potential, creating long-term value for shareholders and stakeholders alike. The entry of a globally respected institution such as IFC reinforces confidence in Boost's business model, governance and future prospects. We are pleased to welcome IFC as a strategic shareholder and look forward to supporting Boost's continued development as a leading regional fintech player.”
Sheyantha Abeykoon, Group CEO of Boost, said, “IFC’s US$20 million investment is a strong endorsement of Boost’s strategy and the opportunity ahead of us. Having an institution of IFC’s global standing invest in Boost brings not only capital, but deep expertise in financial services and emerging markets that will be valuable as we continue to scale our impact. With IFC as a strategic partner, we have an opportunity to go further in developing digital financial solutions that address real barriers to access for consumers and businesses. Importantly, this investment strengthens our ability to pursue growth and financial inclusion together by building a business that delivers both sustainable commercial value and meaningful impact.”
Farid Fezoua, Director of Equity, Funds, & Venture Capital at IFC, said, “Innovative financial instruments are essential to expanding access to finance at scale. This investment showcases how IFC can work with pioneering digital financial institutions to mobilize capital and support greater financing opportunities for underserved MSMEs, enabling business growth and facilitating the creation of more jobs.”
The investment strengthens Boost’s institutional shareholder base and builds on a shared ambition between Boost and IFC to demonstrate how technology-led financial models can reach more customers responsibly and sustainably, while contributing to the continued development of Malaysia’s digital financial services landscape.
-END-
About Boost
Since 2017, Boost has been financially empowering millions of users and merchants in Malaysia and Indonesia to be unstoppable. As a leading regional fintech player Boost continues to redefine financial empowerment through fintech and digital banking services, that are designed for inclusivity so that anyone can be achieve their dreams without barriers. This mission is further strengthened with Boost Bank by Axiata and RHB, with a pioneering embedded digital bank app that aims to revolutionize your banking experience and further democratize financial access for all. Ride the wave of innovation with Boost, as we shape the future of fintech, on one powerful platform. Users can download Boost from the Google Play Store, App Store or HUAWEI AppGallery. For more information, check out the website at http://www.myboost.co, newsroom at https://myboost.co/newsroom, or follow Boost on Facebook (https://bit.ly/MyBoostAppFacebook) and Instagram (https://bit.ly/MyBoostAppInstagram).
About IFC
IFC—a member of the World Bank Group—is the largest global development institution focused on the private sector in emerging markets. We work in more than 100 countries, using our capital, expertise, and influence to create markets and opportunities in developing countries. In fiscal year 2025, IFC committed a record $71.7 billion to private companies and financial institutions in developing countries, leveraging private sector solutions and mobilizing private capital to create a world free of poverty on a livable planet. For more information, visit www.ifc.org.
-Bahasa Melayu-
IFC SERTAI STRUKTUR PEMILIKAN BOOST DENGAN PELABURAN EKUITI BERNILAI AS$20 JUTA
● Pelaburan ini menggabungkan kepakaran kewangan pembangunan global IFC dengan keupayaan fintech bersepadu Boost bagi memperluas akses kepada pembiayaan
● Kerjasama ini akan menyokong akses pembiayaan yang lebih luas untuk PKS dan pengguna di Malaysia, termasuk menerusi pembiayaan digital yang boleh diperluas serta kaedah penilaian kredit alternatif
KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2026 – Boost, syarikat peneraju fintech serantau, menerima pelaburan ekuiti sebanyak AS$20 juta daripada Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC), anggota Kumpulan Bank Dunia yang memberi tumpuan kepada pembangunan sektor swasta. Pelaburan ini menjadikan IFC, salah satu institusi pembiayaan pembangunan terkemuka dunia, sebagai pelabur strategik dalam Boost.
Pelaburan tersebut menggabungkan pengalaman global IFC dalam membangunkan pasaran kewangan yang inklusif dengan ekosistem kewangan digital Boost yang bersepadu dan pendekatan berteraskan teknologi dalam memenuhi keperluan pengguna dan perniagaan. Kedua-dua organisasi bersama-sama menyasarkan untuk meluaskan akses kepada pembiayaan, di samping meneroka bagaimana pembiayaan digital dan kaedah penilaian kredit alternatif dapat membantu menangani halangan yang telah lama dihadapi oleh PKS dan individu dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan.
Pelaburan daripada IFC akan memperkukuh keupayaan Boost untuk membangunkan dan memperluas penyelesaian kewangan digital. Kerjasama ini akan menggabungkan teknologi Boost, keupayaan data proprietari serta pemahaman terhadap keperluan pelanggan tempatan dengan pengalaman luas IFC dalam sektor institusi kewangan dan pasaran sedang pesat membangun.
Dengan kepakaran yang kukuh dalam sektor fintech melalui lebih 80 pelaburan di seluruh dunia, IFC turut dapat menyumbang kepada aspirasi pertumbuhan Boost melalui perkongsian amalan terbaik antarabangsa, khususnya dalam memanfaatkan teknologi untuk mempertingkatkan capaian perkhidmatan kewangan kepada segmen yang kurang mendapat perkhidmatan.
Nik Rizal Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Axiata Group Berhad, berkata, “Pelaburan daripada IFC merupakan satu pencapaian penting dalam perkembangan Boost dan mencerminkan nilai yang boleh diwujudkan melalui pendekatan pembangunan portfolio Axiata. Sebagai pengurus portfolio yang aktif, kami membangunkan, memperluas dan memperkasa perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan kukuh, sekali gus mewujudkan nilai jangka panjang untuk para pemegang saham dan pihak berkepentingan. Penyertaan sebuah institusi yang mempunyai reputasi global seperti IFC sebagai pemegang saham turut meningkatkan keyakinan terhadap model perniagaan, tadbir urus dan prospek masa depan Boost. Kami berbesar hati mengalu-alukan IFC sebagai pemegang saham strategik dan berharap dapat terus menyokong perkembangan Boost sebagai peneraju fintech serantau.”
Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, berkata, “Pelaburan sebanyak AS$20 juta daripada IFC merupakan pengiktirafan kukuh terhadap strategi Boost serta potensi yang tersedia untuk kami pada masa hadapan. Pelaburan oleh sebuah institusi yang mempunyai kedudukan global seperti IFC bukan sahaja membawa suntikan modal, malah turut menyediakan kepakaran mendalam dalam sektor perkhidmatan kewangan dan pasaran sedang pesat membangun yang akan memberi nilai besar ketika kami terus mengembangkan impak kami.
“Dengan IFC sebagai rakan strategik, kami mempunyai peluang untuk memantapkan lagi pembangunan penyelesaian kewangan digital yang menangani halangan sebenar dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan bagi pengguna dan perniagaan. Lebih penting lagi, pelaburan ini mempertingkatkan keupayaan kami untuk mencapai pertumbuhan seiring dengan matlamat inklusi kewangan, melalui pembinaan perniagaan yang mampu memberikan nilai komersial yang mampan serta impak yang bermakna.”
Farid Fezoua, Pengarah Ekuiti, Dana dan Modal Teroka di IFC, berkata, “Instrumen kewangan yang inovatif amat penting untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan pada skala yang lebih besar. Pelaburan ini menunjukkan bagaimana IFC boleh bekerjasama dengan institusi kewangan digital yang inovatif untuk menggerakkan modal dan menambah peluang pembiayaan kepada MSME yang kurang mendapat perkhidmatan. Kerjasama ini sekali gus membolehkan perniagaan berkembang dan menyumbang kepada pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan.”
Pelaburan ini turut mengukuhkan struktur pemegang saham institusi Boost dan memperteguh aspirasi bersama antara Boost dan IFC untuk menunjukkan bagaimana model kewangan berteraskan teknologi dapat menyediakan akses kepada lebih ramai pelanggan secara bertanggungjawab dan mampan. Di samping itu, ia juga akan menyumbang kepada perkembangan berterusan landskap perkhidmatan kewangan digital di Malaysia.
-TAMAT-
Mengenai Boost
Sejak tahun 2017, Boost telah memperkasakan jutaan pengguna dan peniaga di Malaysia dan Indonesia untuk terus maju tanpa halangan. Sebagai peneraju fintech serantau, Boost mentakrif semula erti pemerkasaan kewangan melalui perkhidmatan fintech dan perbankan digital yang direka dengan inklusiviti, supaya sesiapa sahaja dapat mencapai impian mereka tanpa batasan. Misi ini diperkukuhkan lagi dengan Boost Bank oleh Axiata dan RHB, melalui aplikasi bank digital terbenam (embedded) yang bertujuan merevolusikan pengalaman perbankan serta mendemokrasikan akses kewangan untuk semua. Sertai gelombang inovasi bersama Boost, sambil kita membentuk masa depan fintech, di satu platform yang kukuh. Pengguna boleh memuat turun Boost dari Google Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman web di http://www.myboost.co, bilik berita di https://myboost.co/newsroom, atau ikuti Boost di Facebook (https://bit.ly/MyBoostAppFacebook) dan Instagram (https://bit.ly/MyBoostAppInstagram).
About IFC
IFC—a member of the World Bank Group—is the largest global development institution focused on the private sector in emerging markets. We work in more than 100 countries, using our capital, expertise, and influence to create markets and opportunities in developing countries. In fiscal year 2025, IFC committed a record $71.7 billion to private companies and financial institutions in developing countries, leveraging private sector solutions and mobilizing private capital to create a world free of poverty on a livable planet. For more information, visit www.ifc.org.