3 July 2025
Boost Unlocks Global QR Payments Capabilities With UnionPay International, Including Weixin Pay In China
BOOST UNLOCKS GLOBAL QR PAYMENTS CAPABILITIES WITH UNIONPAY INTERNATIONAL, INCLUDING WEIXIN PAY IN CHINA
- Direct QR code scanning at Weixin Pay (WeChat Pay brand in China) merchants.
- Seamless QR payments via UnionPay’s global network with Boost.
- Continued access to Boost Wallet features, including Boost eWallet Top-up, Boost PayFlexTM Cash-in, and Boost Bank auto-add money when travelling.
KUALA LUMPUR, 3 JULY 2025 – Boost, a leading regional fintech player, today announced a significant expansion of its cross-border payment capabilities through a new integration with UnionPay International (UPI), which also includes direct acceptance at Weixin Pay QR merchants in China - Weixin Pay is also known internationally as WeChat Pay and extends Boost’s reach into one of the world’s most advanced digital payment ecosystems.
This cross-border payment milestone strengthens Boost’s vision of embedding financial technology into everyday life. By closely integrating Boost’s payment services with its digital banking capabilities, Boost users can transact securely and effortlessly no matter where they are in the world through one trusted, familiar platform. With seamless embedded financial features like Boost PayFlexTM and auto top-ups linked to Boost Bank savings accounts, users can now enjoy greater convenience and control, even while spending abroad.
MAKING PAYMENTS ABROAD FEEL LIKE HOME
This expansion is available under Boost’s “Scan & Pay” feature and requires no additional app or registration, ensuring a frictionless experience. Through this latest enhancement, Boost users can:
Pay like a local in China by scanning QR codes, including static codes, across major retail outlets.
Spend with ease globally at participating UnionPay merchants in Singapore, Thailand, Brunei, Vietnam, Cambodia, Korea, Australia and more.
Transact overseas and have direct accessibility and control of funds to key features such as Boost eWallet Top-up, PayFlexTM Cash-in, and Boost Bank auto-add money through seamless embedded financial services.
Experience transparency and confidence with real-time foreign exchange rates, clear fee breakdowns, and live transaction history in-app.
“The Boost eWallet has always been the stepping stone for us in building a broader ecosystem of integrated financial services. With our embedded banking journey now in full motion, users don’t need to switch platforms as they can access banking features like Boost PayFlexTM and top-ups from Boost Bank directly within the Boost eWallet app. This cross-border expansion takes that promise further. By tapping into UnionPay’s global footprint and dominant presence in China, Boost users can now enjoy cashless transactions across borders with ease wherever they go,” said Ungku Liza, CEO of Boost Life.
“Our integration with UnionPay International and Weixin Pay further strengthens our mission to build a future where digital financial access is intuitive, empowering and truly universal. Boost users can now travel the world with confidence knowing that our solutions offer the same reliability abroad as at home, for a truly borderless financial experience. As the region becomes more connected, Boost remains committed to shaping a future where access and empowerment are embedded into the daily lives of our users, putting them at the centre of a more inclusive financial ecosystem,” said Sheyantha Abeykoon, Group CEO of Boost.
“UnionPay International is committed to advancing cross-border payment interoperability through strategic partnerships that enhance the global payment ecosystem. Our collaboration with Boost represents a continued effort to provide more users with secure, efficient, and widely accepted QR code payment solutions. By enabling Boost users to transact seamlessly within UnionPay’s global acceptance network, we aim to support the growing demand for frictionless digital payment experiences for travellers,” said Dr. Jian Jiangtao, Managing Director of UnionPay International Southeast Asia Branch.
EXTENDING FINANCIAL ACCESS LOCALLY AND GLOBALLY
This builds on Boost’s existing cross-border capabilities, which already support inbound QR payments from international visitors in Malaysia. By enabling outbound payments, Boost now offers a full-circle, cross-border payment experience that enables users to transact with confidence whether at home or abroad. It further reinforces Boost’s role as a digitally inclusive platform, committed to making financial access simple, secure, and scalable for all. For more information on Boost’s cross-border payment features, please visit: https://link.myboost.co/cross-border-payment
-END-
- Bahasa Melayu -
BOOST MENAWARKAN PEMBAYARAN QR GLOBAL DENGAN KERJASAMA UNIONPAY INTERNATIONAL, TERMASUK WEIXIN PAY DI CHINA
Pengimbasan kod QR secara langsung di pedagang Weixin Pay (jenama WeChat Pay di China)
Pembayaran QR dengan mudah melalui rangkaian global UnionPay dengan Boost
Akses berterusan kepada kemudahan Boost Wallet ketika mengembara, termasuk Boost eWallet Top-up, Boost PayFlexTM Cash-in, dan tambah nilai automatik Boost Bank
KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2025 – Boost, peneraju fintech serantau, hari ini mengumumkan peningkatan keupayaan pembayaran rentas sempadan dengan integrasi Baharu bersama UnionPay International (UPI), yang turut merangkumi penerimaan terus di peruncit QR Weixin Pay di China. Weixin Pay yang juga dikenali secara global sebagai WeChat Pay, meluaskan capaian Boost ke salah satu ekosistem pembayaran digital paling maju di dunia.
Pencapaian terbaru ini dalam pembayaran rentas sempadan mengukuhkan matlamat Boost untuk mengintegrasikan teknologi kewangan dalam kehidupan seharian, di mana perkhidmatan pembayaran Boost beserta perbankan digital membolehkan urusniaga yang selamat dan terjamin dengan hanya satu langkah dan satu platform, di mana-mana sahaja. Dengan perkhidmatan kewangan 'embedded,' pengguna dapat berurusniaga di luar negara melalui akses langsung kepada Boost PayFlexTM dan tambah nilai automatik daripada akaun simpanan Boost Bank.
PEMBAYARAN DI LUAR NEGARA SEPERTI DI MALAYSIA JUA
Kemudahan ini tersedia bawah ciri “Scan & Pay” Boost dan tidak memerlukan aplikasi atau pendaftaran tambahan, menjaminkan pengalaman yang lancar. Dengan ciri ini, pengguna Boost boleh:
Membuat pembayaran seperti penduduk setempat di China dengan mengimbas kod pembayaran kod QR, termasuk kod statik di pelbagai cawangan beli-belah utama.
Berbelanja dengan mudah di seluruh dunia dengan pedagang UnionPay Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Kemboja, Korea Selatan, Australia dan banyak lagi
Berurusniaga di luar negara dan menikmati akses langsung dan kawalan terhadap aliran dana melalui ciri-ciri utama seperti Boost eWallet Top-up, PayFlexTM Cash-in, dan tambah nilai automatik Boost Bank melalui perkhidmatan kewangan 'embedded.'
Berurusan dengan telus dan yakin melalui paparan kadar tukaran mata wang asing masa nyata, pecahan fi yang jelas dan sejarah transaksi yang boleh diakses secara langsung dalam aplikasi Boost eWallet.
"Sejak mula, Boost eWallet menjadi batu loncatan untuk kami membina ekosistem perkhidmatan kewangan berintegrasi yang lebih meluas. Kini perjalanan perbankan 'embedded' kami sudah bermula dengan rancak, pengguna tidak perlu menukar platform dengan adanya akses langsung kepada ciri-ciri perbankan seperti Boost PayFlex dan tambah nilai langsung dari Boost Bank dalam pengalaman pembayaran harian mereka. Dengan peningkatan perkhidmatan rentas sempadan ini, integrasi perkhidmatan semakin menjadi kenyataan. Dengan memanfaatkan rangkaian global UnionPay dan kedudukan dominannya di China, pengguna Boost kini boleh menikmati transaksi tanpa tunai merentas sempadan dengan mudah di mana sahaja mereka berada," kata Ungku Liza, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life.
“Integrasi kami dengan UnionPay International dan Weixin Pay memperkukuah lagi misi kami untuk membina masa depan di mana akses kewangan digital adalah intuitif, memperkasa dan benar-benar sejagat. Kini, pengguna Boost boleh mengembara ke seluruh dunia dengan yakin, dengan menikmati transaksi rentas sempadan yang mudah. Sama ada di Malaysia atau di luar negara, penyelesaian kami mengekalkan tahap kebolehpercayaan yang konsisten. Seiring dengan peningkatan keterhubungan serantau, Boost kekal komited untuk membentuk masa depan di mana akses dan pemerkasaan diintegrasikan ke dalam kehidupan harian pengguna, dengan pendekatan berteraskan pengguna dalam membina ekosistem kewangan yang lebih inklusif," kata Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost.
“UnionPay International komited untuk memperkasa kesalingoperasian pembayaran rentas sempadan melalui kerjasama strategik yang memperkukuh ekosistem pembayaran global. Kerjasama kami dengan Boost mencerminkan usaha berterusan untuk menyediakan lebih ramai pengguna dengan penyelesaian pembayaran kod QR yang selamat, efisien dan diterima secara meluas. Dengan membolehkan pengguna Boost bertransaksi dengan lancar dalam rangkaian penerimaan global UnionPay, kami ingin menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman pembayaran digital yang lancar bagi para pelancong,” kata Dr. Jian Jiangtao, Pengarah Urusan UnionPay International Cawangan Asia Tenggara.
MELUASKAN AKSES KEWANGAN SETEMPAT DAN GLOBAL
Perkembangan terbaru ini meningkatkan kebolehan rentas sempadan sedia ada Boost yang membolehkan pembayaran QR inbound daripada pengunjung antarabangsa ke Malaysia. Dengan kemudahan pembayaran outbound, Boost kini melengkapkan pengalaman pembayaran rentas sempadan yang membolehkan pengguna bertransaksi dengan yakin sama ada di dalam atau luar negara. Ini mengukuhkan peranan Boost sebagai platform digital yang terangkum dan tekad menjadikan akses kewangan lebih mudah, selamat dan boleh skala untuk semua.
Untuk maklumat lanjut berkaitan ciri pembayaran rentas sempadan Boost, sila kunjungi: https://link.myboost.co/cross-border-payment
-TAMAT-