Skip to main content
18 August 2026

Banking, Payments, Financing In One Interface. Boost Launches Boost SME To Power Malaysia's Businesses

Banking, Payments, Financing In One Interface. Boost Launches Boost SME To Power Malaysia's Businesses

  • Boost SME gives businesses faster onboarding, quicker settlements, financing access and rewards that help them grow with confidence.
  • New merchants can enjoy 3.0% daily interest on business banking balances and 0.1% in rebates on sales using Boost rails, while accessing same-day settlements and instant financing for loans up to RM300,000.
  • Marks the next chapter in Boost's nearly decade-long commitment to empowering underserved SMEs through accessible digital financial services.
     

Kuala Lumpur, 18 August 2026 – Managing a small micro business often means juggling day-to-day operations with little time to worry about payments, settlements, reconciliation and getting more money to grow your business. Disconnected experiences across create unnecessary complexity, taking valuable time away from running and growing a business. Boost, a regional fintech leader and digital bank, is addressing these challenges with the launch of Boost SME, a fully digital business banking platform that brings together digital banking services, financial solutions, and payment capabilities in one seamless ecosystem.

Boost SME represents the next chapter in Boost's evolution from a trusted eWallet and digital lender into one of Malaysia's leading integrated digital financial ecosystems. Built on nearly a decade of serving Malaysian businesses, the platform reflects Boost's continued commitment to helping underserved SMEs embrace digitalisation and unlock new opportunities for growth. Momentum is already building with selected partners, which is an early signal of the demand for smarter, more accessible business tools among Malaysian SMEs.

YB Gobind Singh Deo, Minister of Digital, joins Boost in launching Boost SME, a fully digital business banking platform designed to bring banking, financial solutions and payment capabilities together in one seamless ecosystem.
YB Gobind Singh Deo, Minister of Digital, joins Boost in launching Boost SME, a fully digital business banking platform designed to bring banking, financial solutions and payment capabilities together in one seamless ecosystem.


“As Malaysia's digital economy continues to evolve, businesses need financial services that work seamlessly together rather than in silos. At Boost, our ambition is to remove friction from every financial interaction by making banking, payments and financing simpler, more connected and easier to access. Boost SME is a natural evolution of that ambition, bringing together the capabilities businesses need to operate more efficiently, strengthen resilience and unlock new opportunities for growth. As we continue building Malaysia's digital financial ecosystem, we remain focused on empowering businesses through technology that is accessible, intuitive and designed around their evolving needs,” said Sheyantha Abeykoon, Group Chief Executive Officer of Boost.

Banking Built Around How Businesses Actually Operate
Boost SME removes unnecessary paperwork, friction and delays through a fully digital onboarding journey, enabling businesses to open an account in as fast as five minutes. Available via both web and mobile applications, the platform gives SMEs a single view of their finances while enabling secure payment acceptance, role-based account management and same-day DuitNow QR (DNQR) settlements including weekends and Malaysian public holidays. SME owners can also secure payment acceptance via DNQR, online payments and in-store card payments.

Boost celebrates the launch of Boost SME alongside its selected partners, bringing together key players to advance a more seamless and inclusive digital business ecosystem.
Boost celebrates the launch of Boost SME alongside its selected partners, bringing together key players to advance a more seamless and inclusive digital business ecosystem.


By simplifying everyday financial operations into one intuitive experience, Boost SME enables business owners to spend less time managing administration and focus on what matters most — serving customers, seizing new opportunities and growing with confidence.

Tailored Around How Businesses Grow
Recognising that no two businesses grow in the same way, Boost SME offers two complementary propositions that address different business priorities while working seamlessly together.

Boost Grow is designed for businesses looking to maximise idle funds, putting surplus cash to work. Businesses can earn 3.0% p.a. daily interest with no lock-in period or minimum balance required.  

Boost Flow aims to benefit merchants that prioritise healthy cash flow and lower operating costs. SMEs can enjoy:

  • 0.1% sales rebate of up to RM2,000 in monthly sales.
  • Merchant Cash Advance offers credit limits from RM10,000 for businesses that transact RM2,000 or more in 30 days as a Boost merchant.
     

SMEs can also access Boost Bank's Biz Loan, which offers fast financing access of up to RM300,000, with approvals taking as little as 10 minutes and disbursement as fast as 24 hours upon loan acceptance. Beyond financial services, Boost SME also supports businesses in their digitalisation journey through complimentary AWS e-Invoicing subscriptions and training for eligible merchants, and complimentary Soundbox Lite devices (while stocks last), helping SMEs adopt digital tools with greater confidence and ease.

The launch is further strengthened by the support of strategic ecosystem partners, such as Parkson Credit. With Boost SME, Boost continues its commitment in helping Malaysian businesses simplify financial management, strengthen resilience and unlock new opportunities for growth through technology-driven financial solutions designed around the needs of modern businesses.

To sign up, please visit: www.myboostsme.co or download the Boost SME app on Apple App Store or Google Play Store.

- END -


- Bahasa Melayu - 

Perbankan, Pembayaran, Pembiayaan Dalam Satu Platform. Boost Lancar Boost Sme Bagi Memperkasa Perniagaan Malaysia

  • Boost SME menyediakan proses pendaftaran yang lebih pantas, penyelesaian bayaran yang lebih cepat, akses kepada pembiayaan serta ganjaran bagi membantu perniagaan berkembang dengan lebih yakin.
  • Peniaga baharu boleh menikmati faedah harian 3.0% ke atas baki akaun perbankan perniagaan dan rebat 0.1% bagi jualan menggunakan saluran Boost, di samping menikmati penyelesaian pada hari yang sama serta akses kepada pembiayaan segera untuk pinjaman sehingga RM300,000.
  • Pelancaran ini menandakan lembaran baharu dalam komitmen Boost yang telah berlangsung hampir sedekad untuk memperkasakan PKS yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan digital yang mudah dicapai.
     

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2026 – Menguruskan perniagaan mikro kecil sering memerlukan pemiliknya mengimbangi operasi harian dengan pelbagai urusan yang lain, termasuk pembayaran, penyelesaian transaksi, rekonsiliasi dan mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan. Pengalaman yang berpecah merentasi pelbagai platform perkhidmatan kewangan boleh mewujudkan kerumitan yang tidak perlu, sekali gus mengambil masa berharga daripada usaha mengurus dan mengembangkan perniagaan. Seiring dengan keperluan perniagaan yang semakin berkembang, Boost, peneraju fintech serantau dan bank digital, melancarkan Boost SME, sebuah platform perbankan perniagaan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan perbankan digital, penyelesaian kewangan dan keupayaan pembayaran dalam satu ekosistem yang lancar.

Boost SME menandakan lembaran baharu dalam evolusi Boost daripada eDompet dan penyedia pinjaman digital yang dipercayai kepada salah satu ekosistem kewangan digital bersepadu terkemuka di Malaysia. Dibangunkan berasaskan pengalaman hampir sedekad dalam memberi perkhidmatan kepada perniagaan di Malaysia, platform ini mencerminkan komitmen berterusan Boost untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan, kini mampu mengamalkan pendigitalan dan membuka peluang baharu untuk pertumbuhan perniagaan. Momentum awal telah mula terbentuk bersama beberapa rakan strategik terpilih, yang menjadi petunjuk awal terhadap permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian perniagaan yang lebih pintar dan mudah diakses dalam kalangan PKS Malaysia.

YB Gobind Singh Deo, Minister of Digital, joins Boost in launching Boost SME, a fully digital business banking platform designed to bring banking, financial solutions and payment capabilities together in one seamless ecosystem.


“Seiring perkembangan ekonomi digital Malaysia, perniagaan memerlukan perkhidmatan kewangan yang berfungsi secara lancar dan saling melengkapi, bukannya secara berasingan. Di Boost, kami berhasrat mengurangkan kerumitan dalam setiap interaksi kewangan dengan menjadikan perbankan, pembayaran dan pembiayaan lebih mudah, bersepadu dan mudah diakses. Boost SME merupakan evolusi semula jadi daripada aspirasi tersebut, dengan menghimpunkan keupayaan yang diperlukan oleh perniagaan untuk beroperasi dengan lebih cekap, memperkukuh daya tahan serta membuka peluang baharu untuk pertumbuhan. Dalam usaha kami untuk terus membangunkan ekosistem kewangan digital Malaysia, kami kekal fokus dalam memperkasakan perniagaan melalui teknologi yang mudah diakses, intuitif dan direka bentuk mengikut keperluan mereka yang sentiasa berubah,” kata Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Boost.

Perbankan Yang Disesuaikan Mengikut Keperluan Perniagaan
Boost SME mengurangkan keperluan dokumentasi, kerumitan dan kelewatan yang tidak wajar menerusi proses pendaftaran digital sepenuhnya, membolehkan perniagaan membuka akaun sepantas lima minit sahaja. Tersedia melalui aplikasi web dan mudah alih, platform ini memberikan PKS pandangan menyeluruh mengenai kewangan mereka. Ia turut membolehkan penerimaan pembayaran yang selamat, pengurusan akaun berasaskan peranan serta penyelesaian DuitNow QR (DNQR) pada hari yang sama, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum Malaysia. Pemilik PKS juga boleh menerima pembayaran melalui DNQR, pembayaran dalam talian dan pembayaran kad di premis.

Boost celebrates the launch of Boost SME alongside its selected partners, bringing together key players to advance a more seamless and inclusive digital business ecosystem.


Dengan memudahkan operasi kewangan harian dalam satu pengalaman intuitif, Boost SME membolehkan pemilik perniagaan meluangkan lebih masa untuk menguruskan pentadbiran dan memberi lebih tumpuan kepada perkara yang paling penting termasuk melayani pelanggan, merebut peluang baharu dan mengembangkan perniagaan dengan lebih yakin.

Direka Mengikut Cara Perniagaan Berkembang
Menyedari bahawa setiap perniagaan berkembang dengan cara yang berbeza, Boost SME menawarkan dua penyelesaian yang saling melengkapi bagi memenuhi keutamaan perniagaan yang berbeza, sambil berfungsi secara lancar antara satu sama lain.

Boost Grow direka untuk perniagaan yang ingin memaksimumkan dana lebihan dengan mengoptimumkan penggunaan lebihan tunai. Perniagaan boleh memperoleh faedah harian sebanyak 3.0% setahun, tanpa tempoh terkunci (lock-in period) atau keperluan baki minimum.  

Boost Flow pula menawarkan manfaat kepada peniaga yang mengutamakan aliran tunai yang sihat dan kos operasi yang lebih rendah. PKS boleh menikmati:

  • Rebat jualan 0.1% bagi jualan bulanan sehingga RM2,000.
  • Merchant Cash Advance menawarkan had kredit bermula daripada RM10,000 bagi perniagaan yang merekodkan transaksi sekurang-kurangnya RM2,000 dalam tempoh 30 hari sebagai peniaga Boost.
     

PKS juga boleh mendapatkan akses kepada Biz Loan Boost Bank, yang menawarkan pembiayaan pantas sehingga RM300,000, dengan kelulusan dalam masa seawal 10 minit dan penyaluran dana sepantas 24 jam selepas pembiayaan diterima. Selain perkhidmatan kewangan, Boost SME turut menyokong usaha pendigitalan perniagaan melalui langganan AWS e-Invoicing dan latihan secara percuma untuk peniaga yang layak, serta peranti Soundbox Lite secara percuma (sementara stok masih ada). Inisiatif ini membantu PKS menerima pakai penyelesaian digital dengan lebih yakin dan mudah.

Pelancaran ini turut diperkukuh dengan sokongan rakan ekosistem strategik, seperti Parkson Credit. Menerusi Boost SME, Boost meneruskan komitmennya untuk membantu perniagaan Malaysia mempermudah pengurusan kewangan, menguatkan daya tahan serta membuka peluang baru untuk pertumbuhan melalui penyelesaian kewangan berasaskan teknologi yang direka mengikut keperluan perniagaan moden.

Untuk mendaftar, sila layari: www.myboostsme.co atau muat turun aplikasi Boost SME melalui Apple App Store atau Google Play Store.

- TAMAT -