19 November 2024
Boost Collaborates With UOBAM (Malaysia) To Offer Shariah Investments And Rewards Through BoostMyMoney
Boost Collaborates With UOBAM (Malaysia) To Offer Shariah Investments And Rewards Through BoostMyMoney
● BoostMyMoney is the only investment platform that offers Loyalty Points with every ringgit invested**.
● Malaysians can now access Shariah-compliant unit trust investments with low initial investment and potentially earn higher returns on the Boost eWallet app.
● Unlock opportunities with up to 3.82% returns p.a.**, without lock-in periods**.
● Open doors for all to reach financial aspirations with low RM1 minimum deposit**.
KUALA LUMPUR, 19 November 2024 – Boost, a regional fintech leader, and UOB Asset Management (Malaysia) (UOBAM (Malaysia)) has launched BoostMyMoney, a Shariah-compliant unit trust investment feature available on the Boost eWallet app. With access to UOBAM (Malaysia)’s host of funds under management, users can potentially earn higher returns. Furthermore, BoostMyMoney is also the first in the market to offer a uniquely rewarding experience of earning Loyalty Points for every ringgit invested, which can be redeemed for additional savings across the BoostUP Loyalty Programme**.
The collaboration between Boost and UOBAM (Malaysia) strives to simplify investments for beginners, offering flexibility and affordability, through the convenience of the Boost eWallet app. The collaboration will also focus on future initiatives that will introduce innovative investment products on the digital app to encourage saving habits among Malaysians.
With BoostMyMoney, Boost will leverage UOBAM (Malaysia)’s fund management experience and expertise to encourage tech-savvy Malaysians, especially among the young and risk-averse, to grow their nest eggs. BoostMyMoney offers up to 3.82% returns p.a.** without any lock-in periods, and with a low minimum deposit of RM1**. The current rate of return is based on historical data, as of September 2024, and future rates may vary depending on monthly fluctuations and market conditions.
Ungku Liza, CEO of Boost Life said: At Boost, we have the privilege of serving Malaysians from all walks of life, but it’s particularly meaningful to see how the younger generation has embraced our platform. We understand that for many, the barriers to investing—whether due to limited experience or resources—can seem overwhelming. That’s why we created BoostMyMoney: to democratize investing by making it simple, accessible, and rewarding for everyone. By starting small and building consistency, we’re helping users lay the foundation for long-term financial security—embodying the essence of ‘sikit-sikit jadi bukit.’ Our partnership with UOBAM (Malaysia) underscores our commitment to helping Malaysians realize their financial aspirations,”
“Furthermore, expanding this offering within the Boost eWallet app is a key part of our vision to lead the charge in Embedded Banking in Malaysia. By integrating financial services directly into the app, we remove the friction of managing multiple platforms, making it effortless for our users to take control of their financial futures. This is how we continue to redefine the financial landscape, ensuring that innovation is not just about technology, but about bringing meaningful impact to all our customers.” added Liza.
The 2024 UOB ASEAN Consumer Sentiment Study (ACSS) highlights a strong shift towards mobile banking, with 48% of consumers ranking mobile app usage as their top choice. Gen Z leads this trend even further, with 54% of its consumers ranking mobile app usage the highest. Additionally, more than 60% of consumers prefer receiving personalised offers through mobile apps, emphasising the growing role of mobile engagement in the country.
Lim Suet Ling, CEO of UOBAM Malaysia, said: “We are delighted to collaborate with Boost to encourage wealth building among the digitally-savvy by making investing more affordable, flexible, and accessible. By combining UOBAM’s extensive industry experience with Boost’s proven tech capabilities, BoostMyMoney can be a viable investment solution for the average Malaysian, especially young adults with budget constraints and who are risk-averse, to earn potentially higher returns. Boost users can also tap on our regional research capabilities and investment processes to provide solutions that are integrated with Shariah considerations.”
Additionally, Shariah-compliant funds that demonstrates good stewardship of transparency and governance will potentially create a stronger portfolio for investors’ long-term strategy. It incorporates negative screening to exclude sectors that do harm to society and the environment, as well as those considered as non-halal or non-permissible under Shariah.
To access the feature, users can tap on the ‘BoostMyMoney’ button on the homepage of the Boost eWallet app, then complete the necessary activation process. It includes an e-KYC authentication, a detailed contract agreement, account profile set-up, and more**. Once successfully completed, Boost users can then make their deposits into BoostMyMoney accordingly through the Boost eWallet app.
Upon confirmation of deposits, users can conveniently track their earnings and transaction history on the BoostMyMoney page. Users will also have the flexibility to withdraw their funds and earnings to either their Boost eWallet app or a verified online banking account.
For more information on the BoostMyMoney feature, please visit https://link.myboost.co/boostmymoney
- Bahasa Melayu -
Boost Dan UOBAM (Malaysia) Bekerjasama Untuk Membawakan Pelaburan Dan Ganjaran Syariah Melalui BoostMyMoney
● BoostMyMoney adalah satu-satunya platform pelaburan yang menawarkan Mata Ganjaran untuk setiap ringgit yang dilaburkan**.
● Pengguna di Malaysia kini boleh mengakses pelaburan unit amanah patuh Syariah dengan pelaburan permulaan yang kecil dan berpotensi menerima pulangan lebih tinggi di aplikasi eDompet Boost.
● Rebut peluang dengan pulangan sehingga 3.82% p.a.**, tanpa sebarang tempoh berkunci**.
● Kini semua orang boleh mencapai aspirasi kewangan, dengan deposit minimum serendah RM1 **.
KUALA LUMPUR, 19 November 2024 – Boost, peneraju teknologi kewangan (fintech) serantau, dan UOB Asset Management (Malaysia) (UOBAM (Malaysia)) memperkenalkan BoostMyMoney, ciri pelaburan unit Amanah patuh Syariah yang kini tersedia di aplikasi eDompet Boost. Melalui akses kepada pelbagai pilihan dana dana bawah pengurusan UOBAM (Malaysia), pengguna kini berpeluang meraih pulangan yang lebih tinggi. Selain itu, BoostMyMoney juga yang pertama dalam pasaran menawarkan pengalaman yang mengganjarkan, di mana Mata Ganjaran boleh diterima untuk setiap ringgit yang dilaburkan, dan ditebus untuk menerima penjimatan tambahan di seluruh Program Kesetiaan BoostUP **.
Kolaborasi antara Boost dan UOBAM (Malaysia) berhasrat memudahkan pelaburan untuk pelabur pemula, menawarkan pelaburan fleksibel dan mampu milik melalui aplikasi eDompet Boost yang mudah digunakan. Kolaborasi ini juga menumpukan inisiatif pada masa akan datang dan memperkenalkan produk pelaburan berinovasi di aplikasi eDompet Boost bagi menggalakkan tabiat menyimpan wang dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dengan BoostMyMoney, Boost memanfaatkan kepakaran dan pengalaman pengurusan dana UOBAM (Malaysia) untuk menggalakkan rakyat Malaysia yang pintar teknologi, terutamanya golongan muda dan yang tidak cenderung mengambil risiko, untuk menambahkan simpanan mereka. BoostMyMoney menawarkan pulangan sehingga 3.82% p.a.** tanpa mengenakan sebarang tempoh berkunci dan dengan jumlah deposit minimum serendah RM1**. Kadar pulangan semasa berpandukan data masa lalu, setakat September 2024, dan kadar pada masa akan datang mungkin berubah-ubah mengikut naik turun bulanan dan keadaan pasaran.
Ungku Liza, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life berkata: Di Boost, kami bertuah kerana dapat menawarkan perkhidmatan kepada segenap lapisan masyarakat, tetapi paling mengujakan adalah betapa generasi muda menerima platform kami dengan sepenuh hati. Kami memahami bahawa ramai pengguna berdepan dengan halangan pelaburan—sama ada disebabkan pengalaman atau sumber yang terhad—yang boleh menimbulkan kekeliruan. Ini mendorong kami untuk memperkenalkan BoostMyMoney: untuk mendemokrasikan pelaburan dengan menjadikannya lebih mudah, boleh diakses, dan mengganjarkan untuk semua pengguna. Bermula dengan bertatih dan menggalakkan pelaburan konsisten, kami membantu pengguna membina asas keselamatan kewangan jangka panjang—mencerminkan pepatah ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit.’ Kerjasama kami dengan UOBAM (Malaysia) melambangkan komitmen kami untuk membantu penduduk Malaysia memenuhi aspirasi kewangan mereka,”
“Selain itu, meluaskan perkhidmatan ini dalam aplikasi eDompet Boost ialah komponen utama visi kami untuk menerajui “Embedded Banking” di Malaysia. Melalui integrasi perkhidmatan kewangan secara terus dalam aplikasi, kami mengetepikan kesukaran mengendali pelbagai platform, membantu pengguna mengemudi masa depan kewangan mereka dengan begitu mudah. Ini antara langkah kami untuk memberi definisi baharu kepada landskap kewangan, memastikan inovasi tidak terbatas kepada teknologi sahaja tetapi membawa impak yang bermakna kepada semua pelanggan kami,” tambah Liza.
Kajian Sentimen Pengguna UOB 2024 (ACSS) menunjukkan peralihan ketara terhadap perbankan mobil, di mana 48% pengguna menyatakan bahawa perbankan melalui aplikasi adalah pilihan utama mereka. Gen Z malah melangkah lebih jauh, di mana 54% pengguna generasi ini menyatakan penggunaan app sebagai kaedah perbankan yang paling kerap digunakan. Selain itu, lebih daripada 60% pengguna lebih gemar menerima tawaran khas melalui aplikasi, menunjukkan betapa penggunaan mobil semakin berkembang di Malaysia.
Lim Suet Ling, Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM Malaysia, berkata: “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Boost dan menggalakkan pembinaan kekayaan dalam kalangan pengguna pintar digital, dengan menjadikan pelaburan lebih mampu milik, fleksibel, dan boleh diakses. Menggabungkan pengalaman meluas UOBAM dalam industri dan kebolehan teknologi Boost yang terbukti, BoostMyMoney boleh menjadi solusi pelaburan berkesan untuk pengguna Malaysia, terutamanya anak-anak muda yang mempunyai peruntukan terhad dan kurang cenderung mengambil risiko pelaburan, dan menjana pulangan yang berpotensi lebih tinggi. Pengguna Boost juga boleh memanfaatkan kebolehan kajian serta proses pelaburan serantau kami untuk menyediakan solusi yang diselaraskan dengan pertimbangan Syariah.”
Selain itu, dana patuh Syariah yang menunjukkan tata kelola baik dari segi ketelusan dan tadbir urus berpotensi menghasilkan portfolio lebih kukuh untuk strategi jangka panjang pelabur. Ini disertakan penapisan negatif yang mengecualikan sektor yang mendatangkan mudarat kepada masyarakat dan alam sekitar, selain sektor yang dianggap tidak halal atau tidak dibenarkan bawah prinsip Syariah.
Untuk mengakses ciri ini, pengguna boleh menekan butang ‘BoostMyMoney’ di laman utama aplikasi eDompet Boost, kemudian melengkapkan proses pengaktifan yang ditetapkan. Ini termasuk pengesahan e-KYC, perjanjian kontrak terperinci, pembukaan profil akaun, dan lain-lain**. Selepas pengaktifan berjaya, pengguna Boost boleh membuat deposit ke dalam BoostMyMoney menggunakan aplikasi eDompet Boost.
Setelah deposit disahkan, pengguna boleh menjejak sejarah pendapatan dan transaksi di laman BoostMyMoney. Mereka juga menikmati kemudahan memindahkan simpanan dan pendapatan kepada aplikasi eDompet Boost atau akaun perbankan dalam talian yang disahkan.
Untuk maklumat lanjut tentang ciri BoostMyMoney, sila layari: https://link.myboost.co/boostmymoney