Skip to main content
17 July 2025

Boost Champions Internal Talent With Strategic Leadership Moves

BOOST CHAMPIONS INTERNAL TALENT WITH STRATEGIC LEADERSHIP MOVES

 

KUALA LUMPUR, 17 JULY 2025 –  Boost, a leading regional fintech player, today announced strategic leadership movements, reflecting its commitment to nurturing internal talent and driving continued growth across its digital financial services ecosystem.

In a move that underscores Boost’s confidence in homegrown leaders, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, has been appointed as Deputy CEO of Boost Bank, Malaysia’s first homegrown digital bank. Formerly CEO of Boost Life, Ungku Liza played a pivotal role in scaling the Boost eWallet into a hyper-growth platform. She is a renowned and accomplished leader in the fintech industry and was recognised as a Female Leader of the Year at the Fintech Frontiers Awards in 2023. In her new capacity, she will work closely with Fozia Amanulla, CEO of Boost Bank, to accelerate Boost Bank’s expansion and innovation roadmap.

Gin Wong has been appointed as Head of Consumer Business, taking over the Boost Life business on an expanded role to lead the next phase of growth through strategic oversight of consumer experience and innovation. Previously Head of Product, Gin has been instrumental in evolving the eWallet ecosystem into a seamless, everyday financial companion for millions of users. She will now build on that foundation to deepen customer engagement and unlock new growth opportunities.

“At Boost, one of our core principles is creating a platform where every employee can grow and thrive professionally. We believe it’s our responsibility to provide opportunities, and it’s up to our people to seize them. There’s nothing more fulfilling than seeing Boosties who embrace this chance and advance in their careers, fueling our collective growth as a company. Leaders like Ungku Liza and Gin exemplify this spirit, and we’re immensely proud whenever we can open doors for our own people to rise within Boost.” Sheyantha Abeykoon, Group CEO of Boost.

These leadership movements reinforce Boost’s commitment to unlocking internal potential and building a pipeline of strong, future-ready leaders, as the Group accelerates its ambition to become a leading regional digital banking group that is reimagining financial access and inclusion.

-END- 

 


- Bahasa Melayu - 

 BOOST MEMPERKASAKAN BAKAT DALAMAN MELALUI PELANTIKAN KEPIMPINAN STRATEGIK

 

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2025 – Boost, peneraju fintech serantau, hari ini mengumumkan penstrukturan kepimpinan strategik, mencerminkan komitmennya dalam memupuk bakat dalaman dan meneruskan pertumbuhan dalam ekosistem perkhidmatan kewangan digitalnya. 

Sebagai langkah yang memperkukuh keyakinan Boost terhadap bakat tempatan, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, bank digital pertama tempatan di Malaysia. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan platform Boost eWallet sehingga mencapai pertumbuhan hiper. Beliau merupakan pemimpin tersohor dalam industri fintech dan telah diiktiraf sebagai ‘Female Leader of the Year’ di 'Fintech Frontiers Awards' pada tahun 2023. Dalam peranan baharunya, beliau akan bekerjasama rapat dengan Fozia Amanulla, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, untuk memajukan pelan pengembangan dan inovasi Boost Bank.

Gin Wong pula telah dilantik sebagai Ketua Perniagaan Pengguna, mengambil alih operasi Boost Life dengan peranan yang diperluaskan untuk menerajui fasa pertumbuhan seterusnya melalui strategi pengalaman pengguna dan inovasi. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Produk dan telah memainkan peranan utama dalam membentuk ekosistem Boost eWallet menjadi rakan kewangan harian yang lancar dan mudah digunakan untuk jutaan pengguna. Kini, beliau akan membina kesinambungan tersebut untuk memperkukuh penglibatan pengguna dan meneroka peluang pertumbuhan baharu.

“Di Boost, salah satu prinsip teras kami adalah mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan profesional dan pembangunan bakat setiap warga kerja kami. Kami percaya penyediaan peluang adalah tanggungjawab kami dan ia terpulang kepada warga kerja Boost untuk mengambil inisiatif dan mengorak langkah. Tiada yang lebih membanggakan apabila melihat Boosties yang menyahut pelaung ini dan terus maju dalam kerjaya mereka, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan syarikat secara keseluruhan. Pemimpin seperti Ungku Liza dan Gin mencerminkan semangat ini, dan kami amat berbangga setiap kali dapat membuka peluang kepada bakat dalaman kami untuk terus maju dalam Boost,” kata Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost.

Penstrukturan kepimpinan ini memperkukuh lagi komitmen Boost dalam membangunkan potensi dalaman dan membina barisan pemimpin masa depan yang berdaya tahan. Ia sejajar dengan aspirasi Kumpulan untuk menjadi peneraju kumpulan perbankan digital serantau yang mengubah landskap akses dan inklusi kewangan.

 

-TAMAT-