Skip to main content
6 July 2026

Boost Brings Agentic AI To Everyday Banking

BOOST BRINGS AGENTIC AI TO EVERYDAY BANKING

  • Enhanced Boost Agentic chatbot, called Boba AI help users with onboarding, bill payments and support services across the Boost app and Boost Bank app.
  • Boba Voice, a new Boost Bank's 24/7 agentic AI voice service has successfully handled 90% of voice customer enquiries, cutting waiting times to as little as 3 seconds.
  • Reflects Boost's continued investment in agentic AI to create faster, simpler and more intelligent financial experiences.
     

KUALA LUMPUR, 6 JULY 2026 — Imagine asking your bank to pay your bill, open an account or help resolve a query, and instead of simply telling you what to do, an AI agent completes the task on your behalf. Bringing these capabilities to everyday banking, Boost, the regional fintech leader and digital bank, today announced enhancements to Boba AI, its agentic AI platform that enables customers to complete everyday banking tasks across the Boost app and Boost Bank app through simple chat and voice interactions.

Whether it's opening a Boost Bank account, completing onboarding and eKYC, paying bills directly within a chat or resolving customer enquiries through voice, Boba AI is designed to do more than provide information. It helps customers get things done, reducing the need to navigate multiple screens, wait for assistance or manually complete routine banking processes, all while creating a faster and more seamless banking journey. 

"Artificial intelligence is moving beyond simply answering questions to actually getting work done. That's the shift we're driving with Boba AI. Rather than asking customers to navigate multiple screens or complete routine processes themselves, our agentic AI can now execute everyday banking tasks such as onboarding new accounts, completing bill payments and resolving customer enquiries directly within the experience. As one of the early adopters of agentic AI capabilities in Malaysia's digital financial services sector, we're continuing to expand what these AI agents can do, making banking increasingly simpler, faster and more intuitive for our customers," said Sheyantha Abeykoon, Group CEO of Boost.

AGENTIC AI AT SCALE

One of the latest capabilities is Boba Voice, Boost Bank's 24/7 AI-powered voice service available through the Boost Bank hotline at +603 8658 3000. Designed to understand customer intent and resolve enquiries autonomously, Boba Voice has successfully handled 90% of incoming customer enquiries since its introduction in May 2026, with more than 80% resolved during the first interaction without requiring escalation to a human agent. Waiting times have also been reduced to as little as three seconds, enabling customers to receive assistance almost instantly, around the clock.

The broader adoption of Boba AI also reflects growing customer acceptance of agentic AI experiences. Since January 2026, more than 30,000 customers have interacted with Boba AI across the Boost app, generating close to 100,000 requests as customers increasingly use AI to manage everyday financial needs.

As one of the early adopters of agentic AI capabilities within Malaysia's digital financial services industry, Boost continues to expand Boba AI across its ecosystem. Customers can already access multilingual AI support across both the Boost app and Boost Bank app, with future enhancements focused on enabling AI agents to undertake an even broader range of financial tasks on behalf of customers.

FROM ANSWERS TO ACTION

Beyond customer support, Boba AI enables users to complete key banking tasks directly within the chat experience. Customers can onboard to both the Boost app and embedded banking services with guided registration and eKYC, while bill payments can be completed seamlessly by retrieving real-time outstanding balances and enabling payment within the same conversation.

As part of the rollout, customers can also earn more than 1,000 Boost Stars through selected Boba AI missions, including paying bills through Boba AI or opening a Boost Bank account. Rewards can be redeemed for vouchers, bill payments and more.

AI POWERING BOOST

The same AI capabilities are also helping Boost teams work more efficiently behind the scenes. Employees across the organisation have access to a secure, centralised AI platform that brings together multiple AI tools to automate routine tasks, improve productivity and support faster decision-making across functions including marketing, operations and administration.

Together, these developments reflect Boost's broader strategy of applying AI where it delivers the greatest value: helping customers complete everyday financial tasks more easily while enabling employees to focus on higher-value work. As customer expectations continue to evolve, Boost remains committed to expanding Boba AI capabilities across its ecosystem to create banking experiences that are simpler, faster and increasingly intelligent.

- END - 


- Bahasa Melayu -

BOOST MEMPERKASA PENGALAMAN PERBANKAN HARIAN DENGAN AGENTIC AI

  • Chatbot Agentic Boost yang dipertingkatkan, dikenali sebagai Boba AI, membantu pengguna dengan proses pendaftaran, pembayaran bil dan perkhidmatan sokongan merentasi aplikasi Boost dan aplikasi Boost Bank.
  • Boba Voice, perkhidmatan suara Agentic AI 24/7 baharu Boost Bank, berjaya mengendalikan 90% pertanyaan pelanggan melalui interaksi suara, mengurangkan masa menunggu kepada serendah 3 saat.
  • Mencerminkan komitmen berterusan Boost dalam memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan berejen (Agentic AI) bagi mewujudkan pengalaman kewangan yang lebih pantas, mudah dan pintar. 
     

KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2026 — Bayangkan anda meminta bank anda membayar bil, membuka akaun atau membantu menyelesaikan pertanyaan. Tanpa perlu melalui pelbagai langkah atau menunggu bantuan, ejen AI terus melaksanakan tugasan itu untuk anda. 

Membawa keupayaan ini ke dalam perbankan harian, Boost, peneraju fintech serantau dan bank digital, mengumumkan penambahbaikan kepada Boba AI, platform kecerdasan buatan berejen (Agentic AI) yang membolehkan pelanggan melaksanakan urusan perbankan harian menerusi aplikasi Boost dan aplikasi Boost Bank melalui interaksi sembang dan suara yang ringkas.

Sama ada membuka akaun Boost Bank, melengkapkan proses pendaftaran dan eKYC, membayar bil secara terus dalam ruang sembang atau menyelesaikan pertanyaan pelanggan melalui interaksi suara, Boba AI direka untuk melakukan lebih daripada sekadar memberikan maklumat. Ia membantu pelanggan menyelesaikan urusan dengan lebih mudah, tanpa perlu menavigasi berbilang skrin, menunggu bantuan atau melengkapkan proses perbankan rutin secara manual, sekali gus mewujudkan pengalaman perbankan yang lebih pantas dan lancar.

"AI kini berkembang melangkaui sekadar menjawab pertanyaan kepada benar-benar  berupaya melaksanakan tugasan. Itulah perubahan yang kami dorongkan menerusi Boba AI. Daripada meminta pelanggan menavigasi berbilang skrin atau melengkapkan proses rutin sendiri, Agentic AI kami kini boleh melaksanakan urusan perbankan harian seperti pendaftaran akaun baharu, membayar bil dan menyelesaikan pertanyaan pelanggan secara langsung dalam pengalaman tersebut. Sebagai antara peneraju awal dalam memperkenalkan keupayaan Agentic AI dalam sektor perkhidmatan kewangan digital Malaysia, kami akan terus memperluaskan keupayaan ini agar pengalaman perbankan menjadi lebih mudah, pantas dan intuitif untuk pelanggan kami," kata Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Boost.

AGENTIC AI PADA SKALA BESAR

Antara keupayaan terbaharu ialah Boba Voice, perkhidmatan suara berkuasa AI 24/7 Boost Bank yang boleh diakses melalui talian hotline Boost Bank di +603 8658 3000. Direka untuk memahami keperluan pelanggan dan mengendalikan pertanyaan secara autonomi, Boba Voice telah berjaya mengendalikan 90% pertanyaan pelanggan sejak diperkenalkan pada Mei 2026. Lebih 80% daripada pertanyaan tersebut berjaya diselesaikan pada interaksi pertama tanpa perlu disalurkan kepada ejen manusia. Manakala, tempoh menunggu juga dikurangkan kepada serendah tiga saat, membolehkan pelanggan menerima bantuan hampir serta-merta pada bila-bila masa. 

Penggunaan Boba AI yang lebih meluas turut mencerminkan penerimaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap pengalaman Agentic AI. Sejak Januari 2026, lebih 30,000 orang pelanggan telah berinteraksi dengan Boba AI menerusi aplikasi Boost, menghasilkan hampir 100,000 permintaan. Ini menandakan semakin ramai pelanggan memilih untuk memanfaatkan AI dalam menguruskan keperluan kewangan harian mereka.

Sebagai antara organisasi terawal dalam penggunaan Agentic AI dalam industri perkhidmatan kewangan digital Malaysia, Boost terus memperluaskan Boba AI di seluruh ekosistemnya. Pelanggan kini boleh mengakses sokongan AI berbilang bahasa di aplikasi Boost dan aplikasi Boost Bank. Penambahbaikan yang akan datang memberi tumpuan kepada membolehkan ejen AI melaksanakan lebih banyak urusan kewangan bagi pelanggan.

LEBIH DARIPADA SEKADAR MENJAWAB PERTANYAAN

Selain khidmat sokongan pelanggan, Boba AI membolehkan pengguna melengkapkan urusan perbankan secara langsung dalam ruang sembang. Pelanggan boleh mendaftar ke aplikasi Boost dan perkhidmatan perbankan terbenam (embedded banking) dengan pendaftaran berpandu serta eKYC. Pembayaran bil juga boleh diselesaikan dengan mudah melalui capaian baki tertunggak secara masa nyata dan membolehkan pembayaran diselesaikan dalam perbualan yang sama.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, pelanggan juga berpeluang memperoleh lebih daripada 1,000 Boost Stars melalui misi terpilih Boba AI, termasuk membayar bil melalui Boba AI atau membuka akaun Boost Bank. Ganjaran tersebut boleh ditebus untuk baucar, pembayaran bil dan pelbagai lagi.

AI MEMPERKASA BOOST

Keupayaan AI yang sama turut membantu warga kerja Boost meningkatkan kecekapan operasi harian. Kakitangan di seluruh organisasi mempunyai akses kepada platform AI berpusat yang selamat, yang menghimpunkan pelbagai alat AI untuk mengautomasikan tugasan rutin, meningkatkan produktiviti dan menyokong proses membuat keputusan yang lebih pantas merentasi fungsi termasuk pemasaran, operasi dan pentadbiran.

Secara keseluruhannya, perkembangan ini menunjukkan strategi lebih luas Boost dalam memanfaatkan AI di aspek yang memberikan nilai paling bermakna, iaitu membantu pelanggan menyelesaikan urusan kewangan harian dengan lebih mudah sambil membolehkan warga kerjanya memberi tumpuan kepada tugasan yang bernilai tinggi. Seiring perubahan jangkaan pelanggan, Boost kekal komited untuk mengembangkan keupayaan Boba AI merentasi ekosistemnya bagi mewujudkan pengalaman perbankan yang lebih mudah, pantas dan semakin pintar.

- TAMAT -