Cross Border Payment: Receive International Payment via QR | Boost™ Business Langkau ke kandungan utama

Jadi Yang Pertama Menerima International QR Payment!

Peniaga Boost Biz kini boleh menerima bayaran daripada pelanggan antarabangsa menggunakan Kod QR Boost DuitNow.

International QR Payment

Pelanggan antarabangsa dari Singapura, Thailand dan Indonesia hanya perlu imbas Kod QR Boost DuitNow menggunakan eWallet atau Aplikasi Bank negara asal mereka untuk membuat pembayaran dengan mata wang negara mereka.

Peniaga Boost Biz menerima bayaran serta-merta dalam MYR. Tiada penukaran diperlukan.

Pembayaran Selamat & Terjamin

Semua transaksi diselesaikan dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.

Proses Cepat & Mudah

Pelanggan hanya mengimbas QR Boost DuitNow dan membayar dengan Aplikasi eWallet/Bank yang biasa digunakan.

Terima Bayaran Segera

Peniaga menerima bayaran serta-merta dalam Aplikasi Boost Biz yang sama.

Tiada Wang Kecil

Semua transaksi dilakukan tanpa tunai, tidak perlu lagi menyediakan syiling dan duit kertas yang melecehkan.

eWallet Dan Bank Yang Mengambil Bahagian

Thailand

Bangkok Bank
Bank of Ayudhya
CIMB Thai
Krungthai Bank
Siam Commercial Bank

Indonesia

Bank Central Asia (BCA)
Bank Syariah Indonesia (BSI)
BPD Bali
CIMB Niaga
DANA
LinkAja
Mega
OttoCash
Permata
ShopeePay
Sinarmas

Singapura

DBS
OCBC
United Overseas Bank (UOB)

Jom Jadi Peniaga Boost!

Sertai kami sebagai Peniaga Boost Biz hari ini dan terima pembayaran QR daripada pelanggan antarabangsa anda.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Terima bayaran daripada pelanggan antarabangsa anda dengan hanya beberapa langkah. Hanya dengan QR Boost DuitNow!

Ketahui Lebih Lanjut

International QR Payment ialah perkhidmatan yang membolehkan Peniaga kami menerima bayaran antarabangsa daripada pelawat antarabangsa atau pelanggan menggunakan aplikasi bank negara asal mereka atau eWallet, dengan mengimbas Kod QR Boost DuitNow.

Betul! International QR Payment telah diaktifkan kepada semua Peniaga Boost Biz sekarang, dan yuran pengaktifan dikecualikan. Ingat bahawa hanya dengan Kod QR Boost DuitNow, anda boleh menerima Pembayaran QR Antarabangsa daripada Aplikasi Bank atau eWallet asing yang mengambil bahagian.

Untuk menerima International QR Payment, daftar sekarang sebagai Peniaga Boost Biz. Daftar melalui pautan ini: https://merchant.boostbusiness.my/. Anda juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih Boost Biz di sini untuk mendaftar.

Caj berkaitan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan ini. Sila dapatkan lebih banyak butiran harga di sini.

 

Pelanggan anda hendaklah mengikuti langkah di bawah untuk membuat pembayaran:

  • Langkah 1: Lancarkan eWallet atau Aplikasi Bank yang mengambil bahagian
  • Langkah 2: Buat pembayaran dengan mengimbas Kod QR Boost DuitNow anda
  • Langkah 3: Pelanggan anda memasukkan jumlah dalam MYR untuk pembayaran
  • Langkah 4: Pelanggan anda akan melihat jumlah dalam mata wang negara asal
  • Langkah 5: Klik pada Pay & Complete!
     

Caj mungkin berbeza dan tertakluk kepada setiap penyedia eWallet/Aplikasi Bank yang mengambil bahagian.