
kongsi klub
Pengenalan
Dilancarkan pada 2019, Kongsi Klub adalah program rujukan yang bertujuan untuk memberikan kebebasan kewangan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Jika anda ingin menjana pendapatan tambahan dalam masa anda sendiri, Kongsi Klub jawapannya!
#BetterWithKongsi
Mengapa Pilih Kongsi?

Kongsi-Kash
Peroleh ganjaran tanpa had dengan Kongsi-Kash® yang dibayar selewatnya pada 15hb setiap bulan

Kebebasan Kewangan
Kuasa untuk jana ganjaran di tangan anda

Bila-bila Saja, Di Mana Jua
Rujuk bila-bila masa, di mana-mana, ikut masa anda sendiri

Kembangkan Network Anda
Rekrut Rakan di bawah pasukan anda untuk naik pangkat dan kembangkan potensi ganjaran anda

Latihan Profesional
Kami menyediakan latihan professional dari segi motivasi dan kenal-tahu produk untuk memastikan anda berjaya

Pengiktirafan
Terus bersinar dan berpeluang untuk diiktiraf di kalangan bintang
Dengarkan daripada Rakan kami!

Kongsi Klub
Syamri
Sejak Kongsi Klub diperkenalkan, saya dapat menjana pendapatan sampingan tanpa mengganggu kerja harian saya. Pada September 2022 saya kembali bangkit bersama Kongsi Klub dan pada bulan Disember 2022, saya telah memperolehi pendapatan sampingan yang paling tinggi
Rakan sejak Julai 2020

Kongsi Klub
Nurfazaliza
Sejak menjadi Rakan, saya dapat menjana pendapatan sampingan setiap bulan dengan mudah dan ini sangat membantu saya dari segi kewangan. Ia juga dapat memudahkan lagi pembayaran semula pembiayaan saya dengan lebih cepat dan ia sangat membantu. Terima kasih pada pihak Boost kerana sudi berkongsi rezeki dengan saya dan banyak membantu dari segala sudut.
Rakan sejak Jun 2020

Kongsi Klub
Farid
Sejak saya join Kongsi Klub, banyak pengalaman yang saya dapat dan saya pelajari. Dengan adanya Kongsi Klub ini, saya juga tidak menjangka mampu memperolehi pendapatan dari sini walaupun bekerja secara sampingan. Menakjubkan!
Rakan sejak Januari 2023
Rujuk Solusi Perniagaan Kami

Capital oleh Boost Credit
Mendapatkan pembiayaan tidak sepatutnya sukar. Sama ada anda merancang untuk membuat pembelian inventori, memerlukan dana untuk aktiviti perniagaan, bercadang untuk memperbesar kedai atau membayar pekerja anda – Capital adalah solusi pembiayaan yang ditawarkan untuk memenuhi segala keperluan anda.

Jumlah Pembiayaan
Dari RM1,000 hingga RM100,000

Tempoh Pembiayaan
Sehingga 12 bulan

Kadar Keuntungan
1.5% bulanan (Jumlah kesuluruhan 18.0%)

Patuh Syariah
Berdasarkan konsep Murabahah Komoditi
Kongsi Klub adalah referral program dari Boost Credit di mana Rakan Kongsi Klub / "Rakan"(referrer) mendapat ganjaran tunai (cash referral bonus) yang lumayan untuk usaha mereka menjemput dan membimbing pemohon untuk melengkapkan permohonan digital produk dan perkhidmatan Boost.
Kongsi Klub boleh disertai oleh semua rakyat Malaysia terutamanya yang mahir berteknologi dan ingin menjana pendapatan tambahan melalui Kongsi-Kash (ganjaran tunai).
Mudah sahaja! Ikuti 5 langkah mudah ini dan jadilah Rakan Kongsi Klub sekarang!
- Daftar untuk menjadi Rakan Kongsi Klub: https://rakan.kongsiklub.co/signup
- Sharekan Kongsi-Link (referral link) unik anda dengan pemohon yang berminat dengan pembiayaan Capital
- Bimbing pemohon anda untuk melengkapi permohonan
- Dapatkan Kongsi-Kash (ganjaran tunai) setiap kali pemohon berjaya mendapat pembiayaan Capital
- Pengeluaran ganjaran tunai Kongsi-Kash akan dikreditkan ke dalam akaun bank peribadi anda sebelum hari ke-15, bulan berikutnya
Rakan-rakan Kongsi Klub akan menerima Kongsi-Kash (ganjaran tunai) sehingga 4.25% daripada jumlah pembiayaan bagi setiap pemohon yang berjaya mendapat pembiayaan Capital.
Bukan itu sahaja, Rakan akan berpeluang memperoleh Bonus serta Overriding Incentives.
Ganjaran bonus tunai bulanan Kongsi-Kash akan dibayar sebelum hari ke-15 bulan berikutnya. Pembayaran ganjaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank peribadi yang disediakan semasa pendaftaran.
Kongsi Klub berhak untuk menukar kadar ganjaran tunai pada bila-bila masa tanpa notis.
Kongsi-Kash adalah ganjaran tunai yang diperoleh oleh Rakan Kongsi Klub / “Rakan” (referrer) bagi setiap pemohon yang berjaya mendapat pembiayaan Boost melalui Kongsi-Link (referral link) uniknya.
Ganjaran tunai Kongsi-Kash akan dibayar sebelum hari ke-15 pada bulan berikutnya. Pengeluaran ganjaran akan dikreditkan setiap bulan ke dalam akaun bank peribadi yang disertakan semasa pendaftaran.