Biz mPOS (MY) | Boost Langkau ke kandungan utama

Kenapa Biz mPOS?

Sukar membawa mesin terminal kerana anda menjalankan perniagaan yang sentiasa bergerak?

Tidak menerima kad kredit/debit kerana mesin terminal agak mahal dan leceh digunakan?

Mengekalkan mesin dan akaun bank tidak sesuai dengan model perniagaan anda?

Dengan Biz mPOS, pelanggan hanya perlu sentuhkan kad kredit/debit mereka di telefon pintar anda dan pembayaran berjaya diselesaikan.

Senang kan?

Fungsi-Fungsi Utama

Menerima Bayaran Di Mana Saja

Terima bayaran di mana saja anda berada hanya menggunakan telefon pintar.

Tiada Kontrak, Tiada Komitmen

Langgan atau batal pada bila-bila masa tanpa perlu risaukan tentang sasaran jualan anda.

Penerimaan Kad Kredit Dan Debit

Terima Visa, Mastercard, UnionPay dengan selamat, kedua-dua kad tempatan dan antarabangsa.

Mesra Alam Sekitar

Kurangkan cetakan resit. Hantar e-resit kepada pelanggan anda melalui E-mel atau SMS.

Tertanya-Tanya Adakah Ini Sesuai Untuk Anda?

Menawarkan servis di rumah pelanggan?

Sama ada anda seorang juruteknik atau menawarkan servis kecantikan yang bekerja dari rumah, Biz mPOS memudahkan anda menguruskan pelanggan dengan menyediakan pilihan bayaran yang berlainan di mana saja!

Perniagaan di trak mudah alih atau gerai pop-up?

Elakkan daripada kehilangan pelanggan kerana kaedah bayaran yang terhad. Terima bayaran kad dengan telefon pintas anda!

Bawa ke mana saja anda berada.

Sewa peranti terminal agak mahal?

Mahu terima bayaran kad kredit/debit tetapi anda tidak mampu mendapatkan mesin terminal? Pilih Biz mPOS dengan yuran langganan rendah dan tanpa yuran komitment .

Hanya RM15 Sebulan

4 Langkah Untuk Terima Bayaran Kad Pada Telefon Pintar Anda

*terdapat di telefon Android bersama NFC

Contact Us

Reach out to us for more details

Video Tutorial

Kami akan menunjukkan langkah demi langkah

Ketahui Lebih Lanjut

Pada aplikasi Boost, sentuh kekotak mPOS dan ikut langkah-langkah yang ditunjukkan untuk melengkapkan proses pendaftaran.

1. Aplikasi Boost Biz
2. Telefon Android
3. Sambungan Internet

Caj transaksi adalah seperti berikut:

Kad Kredit - 1.3%
Kad Debit  - 0.8%
Kad Kredit & Debit Asing - 3.0%

Setiap transaksi yang berjaya, pembayaran akan didepositkan ke akaun bank yang anda nyatakan.

Ia mengambil masa 2 hari bekerja.

Anda boleh lihat laporan bayaran di portal pedagang Gkash. Maklumat log masuk akan diberikan apabila permohonan diluluskan.

Ya, anda boleh batalkan transaksi di portal pedagang Gkash. Ia boleh dilaksanakan sebelum tempoh penyelesaian (hingga 11:45pm pada hari yang sama)

Ya, anda boleh hantar e-resit kepada pelanggan melalui emel dan/atau SMS.