Lembaran Pendedahan Produk
English | Bahasa Malaysia
Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan mana-mana ciri Boost e-Wallet. Sila pastikan anda turut membaca terma dan syarat umum.
Boost menawarkan aplikasi wang elektronik (e-wang) berasaskan rangkaian (“Aplikasi Boost”) dengan fungsi kod QR, yang mengandungi nilai wang yang telah dimuatkan terlebih dahulu oleh pengguna. Pengguna dikehendaki memuatkan semula dompet sebelum membuat sebarang pembayaran dan pemindahan dana (“transaksi”). Nilai tersebut akan ditolak daripada Akaun Boost setiap kali transaksi dibuat dan terhad kepada jumlah nilai wang yang disimpan dalam Akaun Boost semasa transaksi.
Aplikasi Boost menyediakan perkhidmatan berikut kepada pengguna:
a) Pembayaran kepada Boost dan/atau Peniaga yang Mengambil Bahagian;
b) Tambah Nilai iaitu penambahan nilai e-wang ke dalam Akaun Boost;
c) Pemindahan dana rakan-ke-rakan iaitu pemindahan e-wang daripada satu akaun pengguna Boost ke akaun pengguna Boost yang lain.
Jenis Dompet | Basic | Premium | Premium 10K |
|---|---|---|---|
| Had Dompet | RM1,000 | RM4,999 | RM10,000 |
| Had Transaksi Bulanan | RM2,000 | RM4,999 | RM9,999 |
| Had Transaksi Tahunan | RM24,000 | RM59,999 | RM119,988 |
| Keupayaan Memindahkan Wang Antara Akaun Boost | Tidak Disediakan | Disediakan | Disediakan |
Aplikasi Boost boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple Store, Google Play Store, atau Huawei App Store. Tiada yuran muat semula, yuran pemulangan wang (refund), atau yuran lain dikenakan kepada pengguna kami pada masa ini selain daripada caj kemudahan 1% ke atas jumlah yang melebihi kuota pengecualian yuran bulanan terkumpul bagi penambahan e-wang ke dalam Akaun Boost menggunakan kad kredit bermula pada 13 Mac 2024 (sila rujuk Terma-terma dan Syarat-syarat). Boost berhak untuk mengenakan sebarang caj, yuran, atau langganan (“Caj”) sekiranya Caj tersebut diperlukan.
- Akaun Boost anda hanya boleh dilog masuk oleh anda menggunakan kredensial anda sendiri, iaitu nombor telefon bimbit dan kata laluan anda. Transaksi hanya boleh dilakukan oleh anda, sebagai satu-satunya pengguna berdaftar/diberi kuasa, dengan pengesahan melalui PIN pembayaran dan biometrik. Sekiranya anda mendedahkan kata laluan dan/atau PIN pembayaran anda, terdapat risiko seperti pihak ketiga mungkin boleh mengakses Akaun Boost anda untuk membuat pembayaran, pemindahan, dan mengakses maklumat peribadi anda. Jika anda menyedari sebarang kejadian seperti ini, sila maklumkan kepada kami dengan segera.
- Sekiranya anda perlu menyahaktifkan/menyekat Akaun Boost anda disebabkan peranti bimbit anda hilang atau dicuri, sila maklumkan kepada kami dengan segera.
- Sila baca dan fahami Terma-terma dan Syarat-syarat, sebelum anda meneruskan proses pendaftaran atau pengaktifan atau penggunaan perkhidmatan ini.
Layari kami di: myboost.co
E-mel kami di: support@myboost.com.my (Isnin hingga Jumaat dari 9am hingga 6pm)
Hantar Pertanyaan
Ingin mengetahui lebih lanjut? Kami sedia membantu! Hantarkan mesej anda dan kami akan menghubungi anda semula dalam masa terdekat.