DuitNow QR: Unify Your Merchant Payment with One QR Code | Boost™ App Langkau ke kandungan utama

Satu Negara, Satu QR

Terima semua pembayaran dengan mudah menggunakan QR DuitNow Boost

Apakah QR DuitNow Boost?

QR DuitNow adalah QR Standard Nasional Malaysia yang ditubuhkan oleh PayNet. Melalui QR DuitNow, anda dapat menerima pembayaran daripada Bank dan e-Wallet yang terlibat. Pembayaran kini lebih mudah dengan Boost!

Kenapa QR DuitNow Boost?

Nikmati segala manfaat apabila menjadi peniaga Boost dengan QR DuitNow Boost! Gabungkan semua e-pembayaran dengan satu kod QR – kukuhkan POS, sistem dan simpan kira anda.

Pembayaran Selamat & Dilindungi

Semua transaksi dilakukan dalam persekitaran selamat dan dilindungi.

Proses Pantas & Mudah

Pelanggan hanya perlu mengimbas QR DuitNow Boost dan bayar menggunakan aplikasi eWallet/Bank pilihan mereka.

Terima Pembayaran Segera

Peniaga menerima pembayaran dengan segera dalam aplikasi Boost Biz yang sama.

Tiada Wang Kecil

Semua transaksi dilakukan tanpa tunai, tidak perlu lagi bersusah-payah menyediakan wang kecil.

Sertai QR DuitNow Boost

Berikut adalah cara-cara mengemaskini QR e-pembyaran anda kepada QR DuitNow Boost.

Langkah 1

Kemaskini aplikasi Boost Biz anda untuk mula menerima pembayaran melalui QR DuitNow Boost anda

Langkah 2

Nantikan kod QR DuitNow dan POSM baharu yang bakal dihantar kepada anda!

Sementara itu, cetak kod QR anda sendiri secara terus daripada aplikasi Boost Biz anda untuk memulakan perniagaan anda secepat mungkin.

Maklumat Lanjut

QR DuitNow adalah QR Standard Nasional Malaysia yang ditubuhkan oleh PayNet di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Beroperasi Bank Negara Malaysia.

QR DuitNow untuk Peniaga adalah perkhidmatan penerimaan peniagaan yang membolehkan peniaga menerima pembayaran daripada pelanggan melalui kod QR DuitNow. Peniaga hanya perlu memaparkan satu kod QR DuitNow untuk menerima pembayaran tanpa perlu memaparkan pelbagai kod QR di kaunter pembayaran mereka atau diambil daripada aplikasi Boost Business. 

QR DuitNow untuk Peniaga terbuka kepada semua peniaga yang sudah berdaftar sebagai Pedagang Boost.

QR DuitNow membolehkan Bank dan e-Dompet yang terlibat saling beroperasi.

Setiap perniagaan akan dapat menikmati kos yang lebih rendah, penyata yang disatukan untuk memudahkan penyesuaian dan tidak perlu memaparkan pelbagai kod QR di kaunter pembayaran.

Anda boleh menghantar permohonan melalui https://signup.boost-my.com/

Ya, anda boleh memohon lebih daripada satu (1) Kod QR untuk pelbagai kedai atau outlet.

Periksa nama cawangan peniagaan yang dipaparkan di Kod QR menyamai nama cawangan yang didaftarkan.

Imbas Kod QR dan lakukan satu (1) transaksi untuk memastikan Kod QR telah disambungkan ke nombor akaun yang betul. Anda bakal menerima paparan notifikasi apabila transaksi berjaya.

Setiap pemindahan atau pembayaran yang dilakukan, sila periksa dan sahkan tarikh transaksi, masa dan amaun di paparan notifikasi daripada Boost dengan segera. Sebagai langkah keselamatan tambahan, anda juga boleh meminta pelanggan anda memaparkan slip pengesahan pemindahan dana kepada anda.

Peniaga boleh menggunakan perkhidmatan QR DuitNow di mana saja dalam Malaysia.

Ya, kod QR DuitNow saling beroperasi. Transaksi akan diterima sekiranya Bank pembayaran membolehkan proses pembayaran melalui QR DuitNow.

Tidak, anda tidak perlu membayar servis ini. Ianya PERCUMA untuk pelanggan.

Semua pembayaran akan diterima dengan segera dan penyelesaian tertakluk kepada terma dan syarat.

Tidak.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di business@myboost.com.my  atau telefon 03-2260 9494. Waktu perniagaan kami adalah Isnin hingga Ahad, 9AM – 9PM (termasuk cuti umum).

Pembiayaan Hingga RM100,000

Penyelesaian pembiayaan berasaskan syariah yang memaksimumkan pertumbuhan perniagaan dengan permohonan dan pembayaran dalam talian yang mudah dalam masa 48 jam.