Terma & Syarat
Kempen Weekly Bonanza Voucher
English | Bahasa Malaysia
Kempen Weekly Bonanza Voucher ("Kempen")
Terma & Syarat Kempen (“Terma Dan Syarat”)
Kempen ini dianjurkan oleh Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat 201701000820 (1214970-T)) (“eCode”). Bagi mengelakkan sebarang keraguan, eCode bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran dan pentadbiran Kempen ini.
Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan (seperti yang ditakrifkan di sini) bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini yang merupakan sebahagian yang tidak terpisah dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Boost, Terma dan Syarat Umum Kempen Boost dan Terma dan Syarat Partner Wallet Boost.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini, ketidakselarasan tersebut hendaklah diselesaikan mengikut turutan keutamaan berikut: (i) Terma dan Syarat ini; (ii) Terma dan Syarat Umum Kempen Boost; (iii) Terma dan Syarat Boost; dan (iv) Terma dan Syarat Partner Wallet Boost.
Tempoh Kempen
1. Kempen ini bermula dari 2 November sehingga 31 Disember 2026 (“Tempoh Kempen”).
2. Sepanjang Tempoh Kempen, akan terdapat sembilan (9) pusingan pengagihan ganjaran (setiap satu dirujuk sebagai “Pusingan”) seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:
| Pusingan | Tarikh |
|---|---|
| Pusingan 1 | 2 November sehingga 8 November 2026 |
| Pusingan 2 | 9 November sehingga 15 November 2026 |
| Pusingan 3 | 16 November sehingga 22 November 2026 |
| Pusingan 4 | 23 November sehingga 29 November 2026 |
| Pusingan 5 | 30 November sehingga 6 Disember 2026 |
| Pusingan 6 | 7 Disember sehingga 13 Disember 2026 |
| Pusingan 7 | 14 Disember sehingga 20 Disember 2026 |
| Pusingan 8 | 21st Disember sehingga 27 Disember 2026 |
| Pusingan 9 | 28th Disember sehingga 3 Januari 2027 |
Kelayakan
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna baharu dan sedia ada aplikasi mudah alih Boost (“Boost App”) (selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan”).
Baucar Kempen
Kempen ini menawarkan sejumlah dua (2) jenis baucar dalam bentuk partner wallet di dalam Boost App (secara kolektif dirujuk sebagai “Baucar Kempen”). Butiran Baucar Kempen adalah seperti berikut:
| Baucar Kempen | Nilai Ganjaran (RM) |
|---|---|
| RM10 Bonanza Voucher | 10 |
| 10% OFF Bonanza Voucher | 10 |
Mekanisme Kempen
1. Pelanggan perlu menebus Baucar Kempen daripada tab ‘Cash’ di halaman BoostUP Rewards dalam Boost App pada bila-bila masa antara hari Isnin, jam 12.00 tengah hari sehingga hari Jumaat, jam 11.59 pagi bagi setiap Pusingan sepanjang Tempoh Kempen.
(Klik tab “Rewards” > klik tab “Explore Catalogue” > klik tab “Cash” > tebus Baucar Kempen)
2. Pelanggan boleh menebus setiap satu Baucar Kempen dengan membayar kos sebanyak satu (1) Boost Stars sahaja.
3. Baucar Kempen akan dikreditkan dalam bentuk partner wallet selepas berjaya menebus (“Ganjaran Partner Wallet”) dan Ganjaran Partner Wallet tersebut boleh diakses di bawah Partner Wallet akaun Pelanggan dalam Boost App.
4. Pelanggan hanya boleh menebus sehingga satu (1) baucar bagi setiap jenis Baucar Kempen sepanjang Tempoh Kempen.
Penggunaan Ganjaran
1. Untuk menggunakan Ganjaran Partner Wallet, Pelanggan mesti memenuhi perbelanjaan minimum seperti berikut:
| Ganjaran "Partner Wallet" | Nilai Ganjaran (RM) | Perbelanjaan Minimum (RM) | Potongan Maksimum Setiap Transaksi |
|---|---|---|---|
| RM10 Bonanza Wallet | 10 | 200 | Perbelanjaan minima RM200 |
| 10% OFF Bonanza Wallet | 10 | 0 | 10% daripada nilai transaksi, dihadkan kepada RM10 |
2. Ganjaran Partner Wallet hanya boleh digunakan untuk pembelian melalui pembayaran DuitNow QR menggunakan fungsi Scan & Pay dalam Boost App (“Transaksi yang Layak”).
3. Ganjaran RM10 Bonanza Wallet sah untuk digunakan selama 7 hari selepas penebusan berjaya dibuat bagi setiap Pusingan sepanjang Tempoh Kempen.
4. Ganjaran 10% OFF Bonanza Wallet sah digunakan daripada hari Jumaat, jam 12.00 tengah hari sehingga hari Ahad, jam 11.59 malam bagi setiap Pusingan sepanjang Tempoh Kempen.
5. Penggunaan 10% OFF Bonanza Wallet adalah tertakluk kepada 100 penggunaan pertama, manakala penggunaan RM10 BonanzaWallet adalah tertakluk kepada 260 penggunaan pertama bagi setiap pusingan (“Had Penggunaan”), berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
6. Setelah melebihi Had Penggunaan, Pelanggan tidak lagi boleh menggunakan Ganjaran Partner Wallet bagi Pusingan tersebut.
7. Sebarang Ganjaran Partner Wallet yang tidak digunakan dalam tepoh yang ditentukan akan luput dan dilucutkan secara automatik tanpa notis terlebih dahulu, dan Pelanggan tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap eCode.
Senario penggunaan Baucar Kempen adalah seperti berikut:
| Senario | Jumlah Transaksi (RM) | Jumlah Diskaun daripada Ganjaran Partner Wallet (RM) | |
|---|---|---|---|
| RM9 Birthday Voucher | 90% OFF Birthday Voucher | ||
| Senario 1 | RM1 | RM0.10 | **Tidak Layak |
| Senario 2 | RM50 | RM5.00 | **Tidak Layak |
| Senario 3 | RM120 | RM10.00 (Had Maksimum) | **Tidak layak |
| Senario 4 | RM200 | RM10.00 (Had Maksimum) | RM10.00 (Had Maksimum) |
Terma Tambahan
1. eCode berhak menggantikan ganjaran dengan ganjaran lain yang mempunyai nilai setara serta mengubah, menggantung atau menamatkan Kempen ini atau mana-mana bahagiannya mengikut budi bicara mutlaknya, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
2. Keputusan eCode berkaitan Kempen ini (termasuk pemilihan pengguna yang layak dan kelayakan mendapat ganjaran) dibuat mengikut budi bicara mutlaknya dan adalah muktamad, mengikat serta konklusif. Tiada rayuan atau surat-menyurat akan dilayan.
3. eCode tidak akan menghubungi Pelanggan melalui telefon, SMS atau mesej media sosial untuk meminta maklumat peribadi, butiran perbankan atau sebarang bentuk bayaran berkaitan Kempen ini. eCode juga tidak akan memberikan nombor akaun bank peribadi atau berasingan untuk sebarang deposit dana.
4. Pelanggan dinasihatkan supaya mengabaikan dan melaporkan sebarang komunikasi mencurigakan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan Kempen ini. eCode tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau tuntutan yang timbul akibat penyertaan berdasarkan komunikasi palsu atau tidak dibenarkan.
5. Sebarang penipuan, penyalahgunaan, aktiviti haram atau mencurigakan berkaitan penyertaan pengguna boleh menyebabkan kelayakan dan ganjaran dilucutkan. eCode berhak membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan daripada Kempen ini dan/atau melucutkan sebarang ganjaran sekiranya terdapat syak munasabah terhadap penipuan, penyalahgunaan, aktiviti haram atau ketidakpatuhan terhadap undang-undang atau Terma dan Syarat ini.
6. eCode tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan atau kelewatan dalam pengkreditan atau penggunaan ganjaran disebabkan oleh kesilapan teknikal, gangguan sistem, kegagalan rangkaian atau sebarang keadaan lain di luar kawalan munasabahnya.
7. Terma dan Syarat ini tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan Kempen ini, sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan Boost melalui aplikasi atau layari https://myboost.co/personal/campaign-terms-condition.