Langkau ke kandungan utama
Terms & Conditions

Kempen Boost Year End Bonanza 2026 Temu Bual Jalanan

English | Bahasa Malaysia

TERMA & SYARAT KEMPEN BOOST YEAR END BONANZA 2026 TEMU BUAL JALANAN (“TERMA DAN SYARAT”)

Kempen ini dianjurkan oleh Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat 201701000820 (1214970-T)) (“eCode” atau “Boost”) dengan kerjasama Boost Bank Berhad (No. Pendaftaran Syarikat 202301007223 (1501144-T)) (“Boost Bank”). Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Yang Layak (seperti yang ditakrifkan di bawah) dengan ini bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang akan membentuk bahagian penting dan dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Boost, Terma dan Syarat Am Kempen Boost, serta Terma dan Syarat Dompet Rakan Kongsi Boost.

Sekiranya berlaku sebarang konflik atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini, ketidakselarasan tersebut hendaklah diselesaikan mengikut urutan keutamaan menurun seperti berikut: (i) Terma dan Syarat ini; (ii) Terma dan Syarat Dompet Rakan Kongsi Boost; (iii) Terma dan Syarat Am Kempen Boost; dan (iv) Terma dan Syarat Boost.

Tempoh Kempen:
Temu bual jalanan ini bermula dari 2 November 2026 sehingga 30 November 2026 (“Tempoh Kempen”).

Kelayakan:
Kempen ini terpakai kepada semua pengguna aplikasi mudah alih Boost (“Boost App”) baharu dan sedia ada (selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan Yang Layak”).

Hadiah Kempen
Kempen ini menawarkan kredit Boost Wallet bernilai RM10 dalam bentuk Partner Wallet (“Hadiah”). Peruntukan Hadiah ditetapkan dalam jadual di bawah:

Description of RewardValue per RewardNumber of Winners Total Number of Rewards
Boost Wallet creditRM 1030RM 300


Mekanik Kempen
1. Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan Yang Layak perlu melengkapkan cabaran yang diberikan oleh pasukan Boost semasa sesi temu ramah jalanan ("Cabaran Boost") untuk layak menerima Hadiah.
2. Boost boleh, dari semasa ke semasa dan mengikut budi bicaranya, menjalankan temu ramah jalanan di lokasi awam atau persendirian yang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Boost dan Boost Bank, iaitu TikTok, Instagram dan Facebook (secara kolektif, "Platform Media Sosial Rasmi Boost").
3. Penyertaan dalam Kempen ini adalah berdasarkan pemilihan secara rawak atau secara sukarela, di mana Pelanggan Yang Layak boleh memilih untuk menyertai temu ramah jalanan tersebut.
4. Pelanggan Yang Layak boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk menarik diri daripada menyertai Kempen ini dengan memberitahu pasukan Boost di lokasi temu ramah jalanan tersebut dijalankan.

Pemilihan Pemenang
1. Pelanggan yang layak yang berjaya melengkapkan Cabaran Boost semasa penggambaran video temu ramah jalanan akan dikira sebagai pemenang ("Pemenang"). Pemenang yang berjaya melengkapkan cabaran tersebut akan dimaklumkan di lokasi temu bual dan butiran Pemenang akan diambil oleh pasukan Boost.
2. Setelah itu, kod penebusan akan diberikan kepada setiap Pemenang untuk ditebus melalui Boost App dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kod penebusan diberikan.
3. Setiap Pelanggan Yang Layak hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Kempen ini.

Penyerahan dan Penggunaan Hadiah
1. Pemenang akan menerima kod penebusan di lokasi temu bual daripada wakil Boost. Pemenang boleh pergi ke Boost App, klik tab “Profile”, pilih “Redemption Code” untuk memasukkan kod tersebut.
2. Setelah penebusan berjaya melalui Boost App, Pemenang akan menerima Hadiah dalam Dompet Boost Partner Wallet. Hadiah tersebut akan dikreditkan sebagai “Bonanza Wallet” dan akan dapat dilihat di bawah bahagian “My Partner Wallets” dalam Boost App.
3. Tiada perbelanjaan minimum diperlukan untuk menggunakan Hadiah.
4. Hadiah hanya boleh digunakan untuk sebarang pembayaran atau pembelian yang dibuat oleh Pemenang melalui Aplikasi Boost (“Transaksi”).
5. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau produk lain, serta tidak boleh dikeluarkan ke akaun bank.
6. Sebarang transaksi yang dibuat menggunakan Hadiah tidak layak untuk mendapat Boost Stars.
7. Hadiah adalah sah untuk guna pakai selama empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan. Sebarang jumlah Hadiah yang tidak digunakan akan luput dan dilupuskan secara automatik tanpa notis terlebih dahulu. Pemenang tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan terhadap eCode bagi Hadiah yang telah luput dan dilupuskan.

Notis Penting:
1. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Yang Layak dengan ini memberi kebenaran dan membenarkan eCode untuk menerbitkan video temu bual yang telah disunting di Platform Rasmi Media Sosial Boost.
2. Sekiranya Pelanggan Yang Layak tidak bersetuju untuk butiran seperti yang dinyatakan dalam perenggan A di atas didedahkan oleh eCode, Pelanggan Yang Layak hendaklah memaklumkan eCode melalui e-mel ke support@myboost.co untuk menyatakan ketidaksetujuan dan memohon untuk menarik diri daripada Kempen. Apabila eCode menerima e-mel tersebut, Pelanggan Yang Layak akan dianggap telah menarik diri dan tidak lagi layak untuk memenangi Hadiah atau menyertai Kempen.
3. Penyertaan Pelanggan Yang Layak dalam Kempen ini adalah tanda penerimaan Pelanggan Yang Layak terhadap terma-terma notis privasi Boost (“Notis Privasi”), termasuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi: (i) bagi tujuan Kempen ini; dan/atau (ii) selaras dengan Notis Privasi di https://www.myboost.co/privacy-policy.

Terma Tambahan
1. eCode berhak untuk mengubah, menggantung atau menamatkan Kempen ini atau mana-mana bahagian dengannya dengan atau tanpa notis terlebih dahulu, atas budi bicara mutlaknya.
2. eCode berhak mutlak untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah bernilai serupa pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan, atau tidak boleh ditukar dalam sebarang bentuk lain atas apa jua alasan. 
3. Keputusan eCode dalam sebarang perkara berkaitan dengan Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilihan Pemenang dan kelayakan Hadiah, adalah muktamad dan konklusif.
4. eCode berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan daripada Kempen ini dan/atau melupuskan mana-mana Hadiah sekiranya terdapat syak wasangka munasabah mengenai penipuan, penyalahgunaan, atau sebarang ketidakpatuhan terhadap Terma & Syarat.
5. Terma & Syarat ini hendaklah dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan mengenai Kempen ini, sila hubungi Sokongan Pelanggan Boost melalui aplikasi atau layari https://myboost.co/personal/campaign-terms-condition.