Terms & Conditions
Peraduan Media Sosial Boost Year End Bonanza Campaign 2026
English | Bahasa Malaysia
TERMA DAN SYARAT PERADUAN MEDIA SOSIAL BOOST YEAR END BONANZA CAMPAIGN 2026 (“TERMA DAN SYARAT”)
Kempen ini dianjurkan oleh Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat 201701000820 (1214970-T)) (“eCode”) dengan kerjasama Boost Bank Berhad (No. Pendaftaran Syarikat 202301007223 (1501144-T)). Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak (seperti yang ditakrifkan di bawah) dengan ini bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini yang hendaklah menjadi sebahagian daripada dan dibaca bersama-sama dengan Terma dan Syarat Boost, Terma dan Syarat Am Kempen Boost dan Terma dan Syarat Boost Partner Wallet.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini, percanggahan atau ketidakselarasan tersebut hendaklah diselesaikan dengan memberi keutamaan mengikut susunan berikut, bermula daripada keutamaan tertinggi: (i) Terma dan Syarat ini; (ii) Terma dan Syarat Boost Partner Wallet; (iii) Terma dan Syarat Am Kempen Boost; dan (iv) Terma dan Syarat Boost.
Tempoh Kempen:
1. Kempen ini bermula pada 3 November 2026 dan berakhir pada 29 November 2026 (“Tempoh Kempen”).
2. Sepanjang Tempoh Kempen, terdapat empat (4) pusingan penilaian pemenang (setiap satu dirujuk sebagai “Pusingan”) seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:
| Pusingan | Tarikh |
|---|---|
| Pusingan 1 | 3 November 2026 – 8 November 2026 |
| Pusingan 2 | 10 November 2026 – 15 November 2026 |
| Pusingan 3 | 17 November 2026 – 22 November 2026 |
| Pusingan 4 | 24 November 2026 – 29 November 2026 |
Kelayakan:
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna baharu dan sedia ada aplikasi mudah alih Boost (“Boost App”) (selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan yang Layak”).
Hadiah Kempen
Kempen ini menawarkan jumlah kredit Boost Wallet bernilai RM10 dalam bentuk Partner Wallet (“Hadiah”). Peruntukan Hadiah adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:
| Perihal Hadiah | Nilai Setiap Hadiah | Bilangan Pemenang bagi Setiap Pusingan | Jumlah Pusingan | Jumlah Bilangan Hadiah |
|---|---|---|---|---|
| Kredit Boost Wallet | RM 10 | 20 | 4 | RM 800 |
Mekanik Kempen
Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak perlu melengkapkan kesemua keperluan berikut semasa Pusingan yang berkenaan:
1. Ikuti (“Follow”) dan suka (“Like”) hantaran peraduan di platform media sosial rasmi Boost dan Boost Bank di Facebook atau Instagram (secara kolektif, "Platform Media Sosial Rasmi Boost");
2. Tinggalkan komen pada hantaran peraduan tersebut dengan jawapan kepada soalan yang dinyatakan bagi Pusingan berkenaan;
3. Kongsi hantaran peraduan tersebut ke Facebook Feed atau Instagram Story di akaun Pelanggan yang Layak.
Pemilihan Pemenang
1. Dua puluh (20) Pelanggan yang Layak akan dipilih bagi setiap Pusingan merangkumi keselutuhan Platform Media Sosial Rasmi Boost yang berkenaan, dengan jumlah keseluruhan lapan puluh (80) Pelanggan yang Layak (“Pemenang”) sepanjang empat (4) Pusingan.
2. Pemenang bagi setiap Pusingan akan dipilih secara rawak melalui Platform Media Sosial Rasmi Boost pada penghujung setiap Pusingan.
3. Pemenang akan dipilih dan diumumkan di Platform Media Sosial Rasmi Boost dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada hari terakhir setiap Pusingan.
4. Dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh pengumuman Pemenang, Pemenang perlu menghubungi eCode melalui direct message (“DM”) di Platform Media Sosial Boost yang berkenaan di mana pengumuman dibuat, dan seterusnya kod penebusan akan dikeluarkan kepada setiap Pemenang untuk ditebus melalui Boost App dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh pengeluaran kod penebusan tersebut.
5. eCode tidak akan meminta anda membuat sebarang bentuk pembayaran atau meminta maklumat akaun bank sebagai sebahagian daripada keperluan peraduan.
6. Kegagalan untuk menghantar DM kepada Boost atau kegagalan untuk menebus kod penebusan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan Hadiah dilucutkan, dan Pelanggan Layak tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap Boost dan/atau eCode berhubung dengan sebarang diskualifikasi dan/atau pelucuthakan yang timbul daripada kegagalan tersebut.
7. Untuk penjelasan lanjut, Pelanggan yang Layak hanya berhak memenangi satu (1) Hadiah sahaja sepanjang Tempoh Kempen ini. Sekiranya Pelanggan yang sama layak di lebih daripada satu Platform Media Sosial Rasmi Boost, Hadiah akan diberikan berdasarkan platform di mana komen tersebut dihantar terakhir. Pelanggan yang lain seterusnya akan dipilih sebagai Pemenang bagi Platform Sosial Media Rasmi Boost yang lain.
Butiran Hadiah
(a) Pemenang akan menerima kod penebusan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas berjaya menghantar DM kepada Platform Media Sosial Rasmi Boost yang berkenaan. Untuk menebus Hadiah, Pemenang boleh melawati Boost App, klik tab "Profile", pilih "Redemption Code" dan masukkan kod penebusan tersebut.
(b) Selepas penebusan Berjaya dibuat melalui Boost App, Pemenang akan menerima kredit Boost Wallet yang bernilai RM10 dalam Boost Partner Wallet. Hadiah tersebut akan dikreditkan sebagai “Contest Wallet” dan akan dipaparkan di bawah bahagian “My Partner Wallets” dalam Boost App.
(c) Tiada perbelanjaan minimum diperlukan untuk menggunakan Hadiah.
(d) Hadiah hanya boleh digunakan untuk sebarang pembayaran atau pembelian yang dibuat oleh Pemenang melalui Boost App (“Transaksi”).
(e) Hadiah tidak boleh dipindah milik, ditukar dengan wang tunai atau produk lain, atau dikeluarkan ke akaun bank.
(f) Sebarang Transaksi yang dibuat menggunakan Hadiah tidak layak untuk memperoleh Boost Stars.
(g) Hadiah sah untuk digunakan selama empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan. Sebarang jumlah Hadiah yang tidak digunakan akan luput dan dilucutkan secara automatik tanpa notis terlebih dahulu. Pemenang tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap eCode berhubung dengan Hadiah yang telah luput dan dilucutkan.
Notis Penting:
A. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada eCode untuk mendedahkan nama berdaftar dan nombor telefon yang telah disamarkan (012-345XXXX) (jika perlu) bagi tujuan pengumuman Pemenang melalui Platform Media Sosial Boost dan Boost App.
B. Sekiranya Pelanggan Layak tidak bersetuju dengan pendedahan butiran seperti yang dinyatakan dalam perenggan A di atas oleh eCode, Pelanggan Layak hendaklah memaklumkan eCode melalui e-mel kepada support@myboost.co untuk menyatakan ketidaksetujuan tersebut dan memohon untuk dikecualikan daripada Kempen ini. Setelah menerima pemberitahuan tersebut, Pelanggan yang Layak akan dianggap telah menarik diri dan tidak lagi layak memenangi Hadiah atau menyertai Kempen ini.
C. Penyertaan dalam Kempen ini merupakan persetujuan Pelanggan yang Layak terhadap terma Notis Privasi Boost (“Notis Privasi”), termasuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi: (i) bagi tujuan Kempen ini; dan/atau (ii) selaras dengan Notis Privasi di https://www.myboost.co/privacy-policy.
Terma Tambahan
I. eCode berhak untuk mengubah, menggantung atau menamatkan Kempen ini atau mana-mana bahagiannya dengan atau tanpa notis terlebih dahulu, mengikut budi bicara mutlaknya.
II. eCode berhak sepenuhnya untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa-apa bentuk lain atas apa jua sebab. Semua Hadiah diberikan atas dasar “seadanya”.
III. Keputusan eCode dalam apa-apa perkara berkaitan Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilihan Pemenang dan kelayakan untuk menerima Hadiah, adalah muktamad dan konklusif.
IV. eCode berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan daripada Kempen ini dan/atau melucutkan mana-mana Hadiah sekiranya terdapat syak munasabah mengenai penipuan, penyalahgunaan atau sebarang ketidakpatuhan terhadap Terma dan Syarat.
V. Terma dan Syarat ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia.
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan Kempen ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan Boost melalui aplikasi atau layari https://myboost.co/personal/campaign-terms-condition.