Langkau ke kandungan utama
Terma & Syarat

Kempen Ganjaran Boost Shake untuk Boost Year End Bon9nza 2026

English | Bahasa Malaysia

Terma & Syarat Ganjaran Boost Shake untuk Boost Year End Bon9nza 2026 (“Terma dan Syarat”)

Kempen ini dianjurkan oleh Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (No. Syarikat 201701000820 (1214970-T)) (“eCode”). Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan (seperti yang ditakrifkan di sini) bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini yang merupakan sebahagian yang tidak terpisah dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Boost, Terma dan Syarat Umum Kempen Boost, dan Terma dan Syarat Ciri Ganjaran Boost Shake.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini, ketidakselarasan tersebut hendaklah diselesaikan mengikut turutan keutamaan berikut: (i) Terma dan Syarat ini; (ii) Terma dan Syarat Ciri Ganjaran Boost Shake; (iii) Terma dan Syarat Umum Kempen Boost; dan (iv) Terma dan Syarat Boost.

1. Tempoh Kempen

Kempen ini bermula dari 1 November 2026 sehingga 31 Disember 2026 (“Tempoh Kempen”).

2. Kelayakan

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna baharu dan sedia ada aplikasi mudah alih Boost (“Boost App”) yang telah menaik taraf akaun Boost App mereka kepada Premium 10K Wallet (selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan”). Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Premium 10k Wallet ialah Boost wallet dengan had transaksi yang dinaik taraf kepada RM10,000 setelah pengguna melengkapkan pengesahan e-KYC, berbanding Basic Wallet yang mempunyai had sebanyak RM1,000 sahaja.

3. Ganjaran Kempen

Pelanggan berpeluang menerima ganjaran seperti pulangan tunai (cashback), baucar, dan ganjaran partner wallet selepas berjaya melengkapkan Transaksi yang Layak seperti di bawah (“Ganjaran Shake”).

4. Transaksi yang Layak

a. Untuk menerima Pulangan Tunai (Cashback)

Untuk menerima pulangan tunai sehingga maksimum RM10.00 (“Cashback”), Pelanggan perlu membuat perbelanjaan jumlah minimum RM1.00 menggunakan Boost App bagi mana-mana transaksi pembayaran, kecuali :

a) Pemindahan peer-to-peer;
b) Tambah Nilai Boost Wallet, selain Tambah Nilai melalui ciri Auto Add Money;
c) Sebarang pembayaran menggunakan Boost Beyond Card: PayFlex sebagai sumber pembayaran; dan
d) Derma.

b. Untuk menerima Ganjaran Lain

Untuk menerima Ganjaran Shake yang lain (selain Cashback) di bawah Kempen ini (“Ganjaran Lain”), Pelanggan perlu mebuat perbelanjaan dengan jumlah minimum RM10.00 menggunakan Boost App bagi mana-mana transaksi, kecuali :
1. Pemindahan peer-to-peer;
2. Tambah Nilai Boost Wallet;
3. Transaksi berkaitan produk pelaburan;
4. Pembayaran zakat; dan
5. Pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (“PTPTN”).

5. Kelayakan Menerima Ganjaran

Pelanggan yang menerima Cashback di bawah Kempen ini masih layak menerima Ganjaran Lain tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. Walau bagaimanapun, bukan semua Pelanggan yang menerima Ganjaran Lain di bawah Kempen ini layak menerima Cashabck.

Sila rujuk JADUAL di bawah untuk tujuan ilustrasi:

SituasiKelayakan dan Transaksi LayakKelayakan untuk Menerima:
Pengguna Akaun Boost Premium 10KJumlah TransaksiGanjaran LainPulangan Tunai
1☑< RM1⮽⮽
2☑≥ RM1, tetapi < RM10⮽☑
3☑≥ RM10☑☑


6. Mekanik Kempen

6.1 Pelanggan boleh memperoleh Cashback dan/atau Ganjaran Lain dengan:

(i) mengklikbanner Ganjaran Shake pada Boost App yang dipaparkan di bahagian atas skrin pembayaran berjaya; atau

(ii) menggoncang peranti mudah alih secara fizikal semasa masih berada di skrin pembayaran setelah berjaya membuat pembayaran.

Sekiranya Pelanggan juga layak memperoleh Ganjaran Lain (selain Cashback), tab “get more rewards” akan dipaparkan di bahagian bawah kiri skrin pembayaran. Dengan menekan tab tersebut, Pelanggan boleh memperoleh Ganjaran Lain.

6.2 Semua Ganjaran Shake yang ditebus diberikan kepada Pelanggan atas dasar “seadanya” tanpa sebarang jaminan dalam apa jua bentuk, termasuk sebarang jaminan tersirat berkaitan kebolehdagangan, kesesuaian tujuan, tidak melanggar atau tidak menyalahgunakan hak harta intelek pihak ketiga, ketepatan, kandungan atau hasil. eCode tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kerugian, kerosakan, kos dan/atau perbelanjaan (sama ada secara langsung atau tidak langsung), atau kehilangan hasil, perniagaan, keuntungan atau sebarang kerugian berbangkit atau tidak langsung akibat penggunaan dan/atau penyalahgunaan Ganjaran Shake yang ditebus dan/atau Ganjaran Shake yang tidak digunakan.

6.3 Pelanggan tidak akan dapat mengakses semula ciri Ganjaran Shake sekiranya mereka menutup banner Ganjaran Shake pada Boost App atau keluar daripada skrin pembayaran tanpa menggoncang peranti mudah alih secara fizikal. Pelanggan perlu melengkapkan transaksi baharu yang memenuhi kriteria Transaksi yang Layak untuk layak menerima sebarang Ganjaran Shake sekali lagi.

6.4 Ganjaran Shake adalah tertakluk kepada ketersediaan dan boleh diubah oleh eCode pada bila-bila masa tanpa notis. Untuk penjelasan, eCode boleh, atas budi bicara mutlaknya dan tanpa notis terlebih dahulu kepada Pelanggan, menolak permintaan penebusan ganjaran melalui ciri Ganjaran Shake atas apa jua sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut:
a) Jumlah yang tidak mencukupi untuk menebus Ganjaran Shake tertentu;
b) Ganjaran Shake tidak lagi tersedia atau kehabisan stok oleh rakan niaga;
c) Ganjaran Shake telah ditebus sepenuhnya;
d) eCode secara munasabah percaya bahawa transaksi yang dibuat oleh Pelanggan mungkin mencurigakan, menyalahi undang-undang, melibatkan aktiviti jenayah atau melibatkan mata ganjaran yang diperoleh melalui cara tidak jujur, penipuan atau tingkah laku penyalahgunaan.

7. Penggunaan Ganjaran

a. Penggunaan Cashback

(i) Semua Cashback yang ditebus melalui ciri Ganjaran Shake akan dikreditkan serta-merta ke dalam akaun Boost Wallet Pelanggan.

(ii) Sekiranya Pelanggan meminta bayaran semula bagi transaksi yang melayakkan Cashback diperoleh, Cashback tersebut akan dilucutkan dan jumlah tersebut akan ditolak daripada Boost Wallet Pelanggan (atau, mengikut keadaan, jumlah bayaran semula akan ditolak dengan jumlah Cashback tersebut).

b. Penggunaan Ganjaran Lain

(i) Penggunaan Ganjaran Lain adalah tertakluk kepada terma dan syarat berkaitan seperti yang dipaparkan pada halaman terma dan syarat masing-masing.

(ii) Setiap Pelanggan yang layak akan menerima sehingga 3 percubaan untuk menebus Ganjaran Lain berdasarkan jumlah transaksi seperti berikut:

Jumlah Transaksi (MYR)Bilangan Percubaan
10 < x ≤ 19.991
20 ≤ x ≤ 29.992
x ≥ 303


a. RM10.00 hingga RM19.99 – 1 penebusan Ganjaran Shake
b. RM20.00 hingga RM29.99 – 2 penebusan Ganjaran Shake
c. RM30.00 dan ke atas – 3 penebusan Ganjaran Shake

8. Terma Tambahan

i. Sebarang lanjutan atau penamatan Kempen ini adalah atas budi bicara mutlak eCode.

ii. eCode berhak menggantikan Ganjaran Shake dengan ganjaran lain yang mempunyai nilai setara dan mengubah, menggantung atau menamatkan Kempen ini atau mana-mana bahagiannya mengikut budi bicara mutlaknya, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.

iii. Keputusan eCode berkaitan Kempen ini (termasuk pemilihan Pelanggan yang layak dan kelayakan mendapat Ganjaran) adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Tiada rayuan atau sebarang komunikasi akan dilayan.

iv. Sebarang penipuan, penyalahgunaan atau aktiviti mencurigakan berkaitan penyertaan Pelanggan boleh mengakibatkan kelayakan dan ganjaran dilucutkan. eCode berhak membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan daripada Kempen ini dan/atau melucutkan sebarang Ganjaran sekiranya terdapat syak munasabah terhadap penipuan, penyalahgunaan atau ketidakpatuhan terhadap Terma dan Syarat.

v. Kempen ini dan sebarang terma, syarat, pertikaian atau tuntutan berkaitan hendaklah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Kempen ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

9. Pertanyaan

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan Boost melalui aplikasi atau layari https://myboost.co/personal/campaign-terms-condition.