Langkau ke kandungan utama
Terma & Syarat

Kempen Boost Year End Bonanza Pick & Win Edisi Boost Bonanza

English | Bahasa Malaysia

Kempen Boost Year End Bonanza Pick & Win Edisi Boost Bonanza (“KEMPEN”)
Terma & Syarat Kempen (“Terma Dan Syarat”)

Kempen ini dianjurkan oleh Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (No. Syarikat 201701000820 (1214970-T)) (“eCode”). Bagi mengelakkan sebarang keraguan, eCode bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran dan pentadbiran Kempen ini. Pemenuhan Hadiah Gold Bar HABIB 1g 999.9 (seperti yang dirujuk selepas ini) dilaksanakan secara bebas oleh Habib Jewels Sdn. Bhd. (“Habib”), dan eCode tidak mempunyai kawalan ke atas serta tidak akan bertanggungjawab terhadap proses penebusan atau sebarang terma dan syarat yang dikenakan oleh Habib berhubung dengannya.

Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak (seperti yang ditakrifkan di sini) bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini yang merupakan sebahagian yang tidak terpisah dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Boost, Terma dan Syarat Umum Kempen Boost, dan Terma dan Syarat Program Kesetiaan BoostUp.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini, ketidakselarasan tersebut hendaklah diselesaikan mengikut turutan keutamaan berikut: (i) Terma dan Syarat ini; (ii) Terma dan Syarat Program Kesetiaan BoostUp; (iii) Terma dan Syarat Umum Kempen Boost; dan (iv) Terma dan Syarat Boost.

Tempoh Kempen

1. Kempen ini bermula dari 2 November sehingga 31 Disember 2026 (“Tempoh Kempen”).

2. Sepanjang Tempoh Kempen, terdapat empat (4) pusingan penyertaan (setiap satu dirujuk sebagai “Pusingan”) seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:

RoundDates
Pusingan 12 November sehingga 15 November 2026
Pusingan 216 November sehingga 29 November 2026
Pusingan 330 November sehingga 13 Disember 2026
Pusingan 414 Disember sehingga 31 Disember 2026


Kelayakan

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna baharu dan sedia ada aplikasi mudah alih Boost (“Boost App”) (“Pelanggan yang Layak”).

Ganjaran Kempen

Kempen ini menawarkan sejumlah dua (2) hadiah setiap pusingan (secara kolektif dirujuk sebagai “Hadiah Bonanza Pick & Win”). Butiran Hadiah Bonanza Pick & Win adalah seperti berikut:

Ganjaran Pick & WinPemenang Mingguan
RM1000 Boost Bonanza Wallet1
HABIB 1g 999.9 Gold Bar1


Mekanisme Kempen

1. Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak mesti melengkapkan transaksi berikut untuk berpeluang memenangi Ganjaran Bonanza Pick & Win:

(a) Memilih mana-mana atau semua Ganjaran Bonanza Pick & Win di bawah tab “Pick & Win” dalam halaman Ganjaran BoostUP (“Pick & Win Bonanza Edition”); dan

(b) Melengkapkan setiap penyertaan dengan menghantar 10 Boost Stars bagi setiap 1 penyertaan daripada Boost eWallet.

2. Untuk penjelasan lanjut, Pelanggan yang Layak boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk Pick & Win Bonanza Edition daripada Boost eWallet akaun Pelanggan yang Layak sepanjang Tempoh Kempen.

Pemenuhan Ganjaran

1. Pemenang akan dimaklumkan melalui notifikasi dari Boost App selepas setiap Pusingan tamat dan proses pengkreditan hadiah akan diatur dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh pengumuman pemenang.

2. Pemenang juga akan diumumkan di laman Facebook dan Instagram @myboostapp pada setiap hari Isnin sepanjang Tempoh Kempen.

3. Bagi penyertaan yang tidak berjaya, sebanyak 50% daripada jumlah Boost Stars yang digunakan untuk penyertaan (“Ganjaran Boost Stars”) akan dipulangkan dan dikreditkan ke dalam akaun Boost App Pelanggan yang Layak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari hari terakhir setiap Pusingan sepanjang Tempoh Kempen, dan Bonus Ganjaran Boost Stars akan dipaparkan di halaman “Boost Stars History” Pelanggan yang Layak.

4. Semua Ganjaran Boost Stars yang dipulangkan di bawah Kempen ini mesti digunakan sebelum 30 September 2027 pada jam 23:59. Sebarang Ganjaran Boost Stars yang tidak digunakan akan luput dan dilucutkan secara automatik tanpa notis, dan Pelanggan yang Layak tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap eCode.

5. Semua Ganjaran Boost Stars yang dipulangkan di bawah Kempen ini tidak layak untuk Pelanjutan Tempoh Luput Stars (Stars Expiry Extension).

Pemenuhan RM1000 Boost Bonanza Wallet

1. Hadiah akan dikreditkan ke dalam “Boost Bonanza Wallet” setiap Pemenang dalam tempoh lima belas (15) hari pertama setiap bulan selama 4 bulan, bermula Januari 2027 hingga April 2027 dan akan dipaparkan di halaman “My Partner Wallets” dalam Boost mereka. Penggunaan bulanan jumlah kredit ke dalam Boost Bonanza Wallet setiap Pemenang dihadkan kepada RM250 sahaja setiap bulan (“Jumlah Kredit”).

2. Jumlah Kredit mesti digunakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas diterima. Sebarang Jumlah Kredit yang tidak digunakan akan luput dan dilucutkan secara automatik tanpa notis lanjut, dan Pemenang yang terlibat tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap eCode.

3. Tiada had perbelanjaan minimum ditetapkan untuk menggunakan Jumlah Kredit dalam RM1000 Boost Bonanza Wallet.

4. Keputusan eCode dalam sebarang perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif.

Penghantaran Jongkong Emas HABIB 1g 999.9

1. Pemenang Jongkong Emas HABIB 1g 999.9 akan disahkan oleh eCode dan pemenang perlu melengkapkan proses Penebusan Ganjaran melalui “My Rewards Tab”. Rujukan penuh adalah mengikut garis panduan di sini: https://support.myboost.co/hc/en-us/articles/4404356084249-How-do-I-get-my-gift-if-I-have-won.

2. Jongkong Emas HABIB 1g 999.9 akan dipenuhi oleh Habib melalui kaedah dan proses penghantaran mungkin tertakluk kepada terma dan syarat tambahan yang dikenakan oleh Habib.

3. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan penghantaran hadiah hendaklah diselesaikan secara terus antara Pemenang dan Habib. eCode tidak akan bertanggungjawab untuk menyiasat atau menyelesaikan sebarang pertikaian tersebut, mahupun menggantikan, menukar atau membatalkan mana-mana Hadiah atau penebusan sekiranya berlaku pertikaian.

4. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, eCode bukan merupakan ejen, rakan kongsi, subsidiari atau sekutu Habib dan tidak membuat sebarang representasi, jaminan atau sokongan terhadap kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian Hadiah yang dipenuhi oleh Habib. eCode tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kerugian atau kerosakan akibat penghantaran, pemilikan atau penggunaan hadiah tersebut.

Terma Tambahan

1. eCode berhak untuk mengubah, menggantung atau menamatkan Kempen ini atau mana-mana bahagiannya dengan atau tanpa notis terlebih dahulu, mengikut budi bicara eCode sepenuhnya.

2. eCode berhak untuk menggantikan Ganjaran Boost Stars dengan ganjaran lain yang mempunyai nilai yang sama pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua ganjaran dan Ganjaran Boost Stars tidak boleh dipindah milik, dipulangkan atau ditukar dalam apa jua bentuk atas apa jua sebab.

3. Keputusan eCode dalam sebarang perkara berkaitan Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan Ganjaran Boost Stars, adalah muktamad dan konklusif.

4. eCode berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan yang Layak daripada Kempen ini dan/atau melucutkan sebarang ganjaran sekiranya terdapat syak munasabah terhadap penipuan, penyalahgunaan atau ketidakpatuhan terhadap Terma dan Syarat.

5. Terma dan Syarat ini tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

Contoh Scenario

Sekiranya Pelanggan yang Layak menghantar 4 penyertaan untuk “Pick & Win Bonanza Edition” menggunakan 40 Boost Stars daripada Boost eWallet sepanjang Tempoh Kempen, Pelanggan yang Layak akan menerima semula 20 Boost Stars sebagai pemulangan Ganjaran Boost Stars sekiranya pengguna tidak memenangi mana-mana Ganjaran Bonanza Pick & Win.

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan Kempen ini, sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan Boost melalui aplikasi atau layari https://myboost.co/personal/campaign-terms-condition.