Langkau ke kandungan utama
Terma & Syarat

Kempen “Weekly Birthday Voucher” Boost Bon9nza Birthday

English | Bahasa Malaysia

Dikemaskini 16 Oktober 2026

Kempen “Weekly Birthday Voucher” Boost Bon9nza Birthday (“Kempen”)
Terma & Syarat Kempen (“Terma Dan Syarat”)

Kempen ini dianjurkan oleh Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat 201701000820 (1214970-T)) (“eCode”). Bagi mengelakkan sebarang keraguan, eCode bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran dan pentadbiran Kempen ini.

Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan (seperti yang ditakrifkan di sini) bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini yang merupakan sebahagian yang tidak terpisah dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Boost, Terma dan Syarat Umum Kempen Boost dan Terma dan Syarat Partner Wallet Boost.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini, ketidakselarasan tersebut hendaklah diselesaikan mengikut turutan keutamaan berikut: (i) Terma dan Syarat ini; (ii) Terma dan Syarat Umum Kempen Boost; (iii) Terma dan Syarat Boost; dan (iv) Terma dan Syarat Partner Wallet Boost.

Tempoh Kempen

1. Kempen ini bermula dari 5 Oktober sehingga 1 November 2026 (“Tempoh Kempen”).

2. Sepanjang Tempoh Kempen, akan terdapat empat (4) pusingan pengagihan ganjaran (setiap satu dirujuk sebagai “Pusingan”) seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:
 

PusinganTarikh
Pusingan 15 October hingga 11 October 2026
Pusingan 212 October hingga 18 October 2026
Pusingan 319 October hingga 25 October 2026
Pusingan 426 October hingga 1 November 2026


Kelayakan

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna baharu dan sedia ada aplikasi mudah alih Boost (“Aplikasi Boost”) (selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan”, setiap seorang dirujuk sebagai “Pelanggan”).

Baucar Kempen

Kempen ini menawarkan sejumlah dua (2) jenis baucar dalam bentuk partner wallet di dalam Aplikasi Boost (secara kolektif dirujuk sebagai “Baucar Kempen”). Baucar Kempen adalah seperti berikut:
 

Baucar KempenNilai Ganjaran (RM)
RM9 Birthday Voucher9
90% OFF Birthday Voucher9


Mekanisme Kempen

1. Pelanggan mesti menebus Baucar Kempen daripada tab ‘Cash’ di halaman BoostUP Rewards dalam Aplikasi Boost pada bila-bila masa antara hari Isnin, jam 12.00 tengah hari sehingga hari Jumaat, jam 11.59 pagi sepanjang setiap Pusingan Tempoh Kempen.

(Klik tab “Rewards” > tekan tab “Explore Catalogue” > layari tab “Cash” > tebus Baucar Kempen)

2. Pelanggan boleh menebus setiap satu Baucar Kempen dengan membayar kos sebanyak satu (1) Boost Stars sahaja.

3. Baucar Kempen akan dikreditkan dalam bentuk partner wallet selepas penebusan berjaya (“Ganjaran Partner Wallet”) dan Ganjaran Partner Wallet tersebut boleh diakses di bawah Partner Wallet Pelanggan dalam Aplikasi Boost.

4. Pelanggan hanya boleh menebus sehingga satu (1) baucar bagi setiap jenis Baucar Kempen dalam setiap Pusingan Tempoh Kempen.

Penggunaan Ganjaran

1. Untuk menggunakan Ganjaran Partner Wallet, Pelanggan mesti memenuhi perbelanjaan minimum seperti berikut:
 

Ganjaran "Partner Wallet"Nilai Ganjaran (RM)Perbelanjaan Minimum  (RM)Potongan Maksimum
Setiap Transaksi
RM9 Birthday Voucher9010% daripada nilai transaksi, dihadkan kepada RM9
90% OFF Birthday Voucher99090% daripada nilai transaksi, dihadkan kepada RM9

 
2. Ganjaran Partner Wallet hanya boleh digunakan untuk transaksi berikut melalui Boost App ("Transaksi yang Layak").

a. Pusingan 1 hingga 3: Pembayaran DuitNow QR di kedai melalui fungsi Scan & Pay.

b. Pusingan 4: Transaksi Pembayaran Bil sahaja. 

3. Ganjaran Partner Wallet sah digunakan dari hari Jumaat, jam 12.00 tengah hari sehingga hari Ahad, jam 11.59 malam sepanjang setiap Pusingan Tempoh Kempen.

4. Penggunaan Ganjaran Partner Wallet adalah tertakluk kepada 400 penggunaan berjaya pertama dalam setiap Pusingan (“Had Penggunaan”) berdasarkan siapa cepat dia dapat.

5. Setelah Had Penggunaan dicapai, Pelanggan tidak lagi boleh menggunakan Ganjaran Partner Wallet bagi Pusingan tersebut.

6. Sebarang Ganjaran Partner Wallet yang tidak digunakan akan luput dan dilucutkan secara automatik tanpa notis terlebih dahulu, dan Pelanggan tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap eCode.

Senario penggunaan Baucar Kempen adalah seperti berikut:

SenarioJumlah Transaksi (RM)Jumlah Diskaun daripada Ganjaran Partner Wallet (RM)
RM9 Birthday Voucher90% OFF Birthday Voucher
Senario 1RM1RM0.10**Tidak Layak
Senario 2RM50RM5.00**Tidak Layak
Senario 3RM90RM9.00 (had maksimum)RM9.00 (had maksimum)
Senario 4RM90RM9.00 (had maksimum)RM9.00 (had maksimum)


Terma Tambahan

1. eCode berhak menggantikan ganjaran dengan ganjaran lain yang mempunyai nilai setara serta mengubah, menggantung atau menamatkan Kempen ini atau mana-mana bahagiannya mengikut budi bicara mutlaknya, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.

2. Keputusan eCode berkaitan Kempen ini (termasuk pemilihan pengguna yang layak dan kelayakan ganjaran) dibuat mengikut budi bicara mutlaknya dan adalah muktamad, mengikat serta konklusif. Tiada rayuan atau surat-menyurat akan dilayan.

3. eCode tidak akan menghubungi Pelanggan melalui telefon, SMS atau mesej media sosial untuk meminta maklumat peribadi, butiran perbankan atau sebarang bentuk bayaran berkaitan Kempen ini. eCode juga tidak akan memberikan nombor akaun bank peribadi atau berasingan untuk sebarang deposit dana.

4. Pelanggan dinasihatkan supaya mengabaikan dan melaporkan sebarang komunikasi mencurigakan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan Kempen ini. eCode tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau tuntutan yang timbul akibat penyertaan berdasarkan komunikasi palsu atau tidak dibenarkan.

5. Sebarang penipuan, penyalahgunaan, aktiviti haram atau mencurigakan berkaitan penyertaan pengguna boleh menyebabkan kelayakan dan ganjaran dilucutkan. eCode berhak membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan daripada Kempen ini dan/atau melucutkan sebarang ganjaran sekiranya terdapat syak munasabah terhadap penipuan, penyalahgunaan, aktiviti haram atau ketidakpatuhan terhadap undang-undang atau Terma dan Syarat ini.

6. eCode tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan atau kelewatan dalam pengkreditan atau penggunaan ganjaran disebabkan oleh kesilapan teknikal, gangguan sistem, kegagalan rangkaian atau sebarang keadaan lain di luar kawalan munasabahnya.

7. Terma dan Syarat ini tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan Kempen ini, sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan Boost melalui aplikasi atau layari https://myboost.co/personal/campaign-terms-condition.