Terma & Syarat
Kempen Boost Bon9nza Birthday 2026 9x Boost Stars Penebusan Flexiredeem
English | Bahasa Malaysia
Kempen Boost Bon9nza Birthday 2026 9x Boost Stars Penebusan Flexiredeem ("Kempen") Terma & Syarat Kempen ("Terma dan Syarat")
Kempen ini dianjurkan oleh Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (No. Syarikat 201701000820 (1214970-T)) ("eCode"). Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak (sebagaimana ditakrifkan di bawah) dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini yang membentuk sebahagian penting dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma dan Syarat Boost, Terma dan Syarat Umum Kempen Boost, dan Terma dan Syarat Program Kesetiaan Boost "BoostUp".
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini, percanggahan tersebut hendaklah diselesaikan dengan memberi keutamaan mengikut susunan menurun seperti berikut: (i) Terma dan Syarat ini; (ii) Terma dan Syarat Program Kesetiaan Boost "BoostUp"; (iii) Terma dan Syarat Umum Kempen Boost; dan (iv) Terma dan Syarat Boost.
Tempoh Kempen:
Kempen ini bermula pada 5 Oktober 2026 sehingga 1 November 2026 ("Tempoh Kempen").
Kelayakan:
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna aplikasi mudah alih Boost ("Boost App") sama ada baharu atau sedia ada ("Pelanggan yang Layak").
Hadiah Kempen:
I. Kempen ini menawarkan ganjaran 9X Boost Stars berdasarkan jumlah wang yang dibayar menggunakan Boost eWallet ("Bonus Boost Stars").
II. Jumlah Bonus Boost Stars adalah terhad kepada pengagihan 9,000,000 Boost Stars yang pertama atau sehingga tamat Tempoh Kempen, mengikut mana yang terlebih dahulu ("Had Maksimum").
Mekanik Kempen:
1. Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak perlu melaksanakan transaksi berikut semasa Tempoh Kempen untuk berpeluang mendapat Bonus Boost Stars:
(a) Tebus mana-mana atau kesemua item yang disenaraikan di bawah tab "FlexiRedeem" dalam Katalog Ganjaran BoostUP ("Penebusan FlexiRedeem"); dan
(b) Melengkapkan Penebusan FlexiRedeem menggunakan kombinasi Boost Stars dan wang daripada Boost eWallet.
Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Penebusan FlexiRedeem yang dibayar menggunakan wang yang diperoleh daripada penebusan Boost Credit adalah tidak layak untuk mendapat Bonus Boost Stars.
2. Pelanggan yang Layak boleh membuat beberapa Penebusan FlexiRedeem menggunakan kombinasi Boost Stars dan wang daripada akaun Boost eWallet sepanjang Tempoh Kempen, tertakluk kepada stok item dalam Katalog Ganjaran BoostUP di Boost App.
Pengagihan Bonus Boost Stars
i) Bonus Boost Stars akan dikreditkan ke dalam Boost App Pelanggan yang Layak dalam tempoh tujuh (7) hari daripada hari terakhir Tempoh Kempen, dan Bonus Boost Stars tersebut akan dipaparkan di bawah halaman "Boost Stars History" akaun Pelanggan yang Layak.
ii) Semua Bonus Boost Stars yang dikreditkan di bawah Kempen ini mesti digunakan sebelum atau pada 30 Jun 2027, jam 23:59. Sebarang Bonus Boost Stars yang tidak digunakan akan tamat tempoh dan dilucuthak secara automatik tanpa notis, dan Pelanggan yang Layak tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap eCode atas sebarang alasan.
iii) Untuk penjelasan lanjut, Pelanggan yang Layak yang telah menerima Bonus Boost Stars di bawah Kempen ini tidak layak menerima jumlah standard Boost Stars yang ditetapkan bagi tier BoostUP Pelanggan yang Layak tersebut.
Terma Tambahan
I. eCode berhak untuk mengubah, menggantung atau menamatkan Kempen ini atau mana-mana bahagiannya dengan atau tanpa notis terlebih dahulu, mengikut budi bicara mutlak eCode.
II. eCode berhak secara mutlak untuk menggantikan Bonus Boost Stars dengan ganjaran lain yang bernilai setara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua ganjaran dan Bonus Boost Stars tidak boleh dipindah milik, dikembalikan, atau ditukar dalam apa-apa bentuk lain atas sebarang sebab.
III. Keputusan eCode berkenaan sebarang perkara yang berkaitan dengan Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan Bonus Boost Stars, adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
IV. eCode berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan yang Layak daripada Kempen ini dan/atau melucuthak sebarang ganjaran sekiranya terdapat kecurigaan munasabah berkaitan penipuan, penyalahgunaan, atau ketidakpatuhan terhadap Terma & Syarat ini.
V. Terma & Syarat ini hendaklah ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.
Contoh Senario
Sekiranya seorang Pelanggan yang Layak menebus item di bawah tab "FlexiRedeem" menggunakan 2,000 Boost Stars bersama RM20 daripada Boost eWallet semasa Tempoh Kempen, Pelanggan yang Layak tersebut akan menerima 9X Boost Stars untuk bayaran RM20 tersebut tanpa mengira tier BoostUP Pelanggan yang Layak tersebut (contohnya Silver Sergeant), iaitu Pelanggan yang Layak tersebut akan memperoleh 180 Boost Stars (9 x RM20) daripada Penebusan FlexiRedeem tersebut.
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan Kempen ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan Boost melalui aplikasi atau layari https://myboost.co/personal/campaign-terms-condition.