Payment Link: Accept & Track Online Payment Easily | Boost™ Business Langkau ke kandungan utama

Tiada Lagi Perkongsian Maklumat Bank, Hanya Hantar Pautan!

Terima bayaran dalam talian daripada pelanggan anda kini lebih mudah, selamat dan pantas.

MENGAPA PAYMENT LINK?

Kerap berkongsi maklumat bank dengan pelanggan untuk terima bayaran? Sukar untuk membuat susulan terhadap bayaran atau tidak pasti tentang bayaran yang diterima? Kami sedia membantu!

Dengan BoostBiz Payment Link, anda kini dapat menerima dan memantau bayaran daripada pelanggan dengan mudah melalui pautan. Terdapat banyak ciri dan fungsi lain untuk digunakan.

Ciri Utama

Berniaga Dalam Talian Pada Bila-Bila Masa, Di Mana Saja

Ianya mudah dan pantas, tidak perlu mahir IT pun. Terima bayaran daripada pelanggan anda di mana pun mereka berada.

Wujudkan Pautan Tanpa Had

Cipta bilangan pautan pembayaran tanpa had. Ciptalah sebanyak mungkin seiring dengan perkembangan perniagaan anda.

Kongsikan Pautan Atau Sambungkan Pada Bebutang

Pelbagai cara untuk terima bayaran. Anda dapat kongsikan pautan pada sebarang saluran komunikasi atau sambungkan pada bebutang di lama blog atau emel anda.

Uruskan Produk Dan Tempahan

Sediakan inventori produk anda dan pautkan pada setiap tempahan yang diterima, semuanya dalam aplikasi.

Pelbagai Kaedah Bayaran*

Pelanggan anda dapat membayar menggunakan kaedah pilihan mereka, seperti Perbankan Dalam Talian (FPX), Kad Kredit, Kad Debit atau eWallet.

Cipta E-Invois Dengan Satu Klik

Apabila sesebuah pautan dicipta, satu e-invois akan tersedia secara automatik untuk anda kongsikan kepada pelanggan.

Hanya Bayar Bila Perlu

Struktur harga yang mudah, dibina untuk perniagaan pelbagai saiz

1.5% atau minimum RM1

untuk setiap transaksi yang berjaya

*Nikmati Yuran Pemasangan Sifar, untuk tempoh terhad sahaja.

Empat Langkah Mudah Untuk terima Bayaran Melalui Payment Link

Contact us

Reach out to us for more details

Video Tutorial

Kami akan membantu anda langkah demi langkah

Jadi Peniaga BoostBiz Hari Ini!

Mula terima bayaran dalam talian pada bila-bila masa dan di mana saja pelanggan anda berada

Maklumat Lanjut

Ciri-ciri kami yang diperbaharui termasuk:

1. Perkongsian Di Media Sosial – Kongsikan pautan bayaran melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya, sebagai pilihan pantas untuk bayar.

2. Katalog Produk – Membolehkan anda memuat naik imej produk dan menerangkan dan menguruskan produk/servis yang ditawarkan melalui pautan bayaran.

3. Lebih banyak pilihan bayaran – Pelanggan anda dapat memilih saluran bayaran (contoh: Perbankan dalam talian, kad kredit dan eWallet). Kemudahan kad kredit & eWallet akan muncul tidak lama lagi. Nantikan lebih banyak kemas kini daripada kami.

4. Tempahan – Pedagang tidak perlu lagi memantau tempahan pelanggan secara manual. Setiap kali anda mencipta Pautan Bayaran, tempahan baru dicipta bersama dengan pautan tersebut. Anda dapat memantau semua status bayaran dan menyediakan kemas kini untuk pelanggan anda secara mudah melalui aplikasi BoostBiz selepas mereka membuat bayaran.

5. E-Invois semakin mudah untuk anda! - Hanya dengan beberapa klik, invois anda akan tersedia dengan mudah bersama pautan bayaran. Anda kini dapat berkongsi pautan bayaran unik kepada pelanggan yang juga menghubungkan kepada lama invois yang dihoskan oleh Boost. Pelanggan anda dapat memilih untuk bayar melalui pelbagai kaedah yang sedia ada.

Jika anda telah mendaftar sebagai Boost Merchant selepas 16 Disember 2022

Diaktifkan secara automatik selepas pendaftaran berjaya untuk setiap pedagang

Jika anda telah mendaftar sebagai Boost Merchant sebelum 16 Disember 2022

Pastikan aplikasi BoostBiz anda dikemas kini kepada versi terkini (Versi 4.04 dan ke atas) dan selepas log masuk, sila klik butang “Activate Now” yang terdapat di halaman utama untuk mengaktifkan ciri ini.

Pautan bayaran BoostBiz hanya dapat digunakan melalui aplikasi buat masa ini. Bagi laman web, nantikan kemas kini terbaharu.

Minimum RM1 dan maksimum hingga RM10,000 setiap transaksi.

 

Ya, anda boleh kongsikan pautan bayaran pada mana-mana platform sosial media atau digital piliha anda.